TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Jenayah

Polis buru tiga lelaki pukul, ugut pemandu bas di Terminal Larkin Sentral

By
|
Kongsi
image

JOHOR BAHRU, 13 Nov. – Polis sedang giat mengesan tiga lelaki yang dipercayai terbabit dalam insiden memukul dan mengugut seorang pemandu bas di Terminal Bas Larkin Sentral di sini, susulan rakaman video kejadian itu yang tular di media sosial sejak semalam.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Azrul Hisham Mohd Shaffei berkata, pihaknya mengesan klip video berkenaan selepas mangsa berusia 41 tahun itu tampil membuat laporan polis pada jam 1.46 petang semalam.

Menerusi satu kenyataan media hari ini, beliau memaklumkan bahawa punca sebenar kejadian masih dalam siasatan dan usaha mengesan kesemua suspek sedang giat dijalankan oleh pihak berkuasa.

Kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja menyebabkan kecederaan serta Seksyen 506 Kanun Keseksaan atas kesalahan melakukan ugutan jenayah.

Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan insiden tersebut diminta menghubungi talian hotline Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Selatan di 07-2182323 bagi membantu siasatan. — Media Telus

Boleh follow media sosial Media Telus di Facebook, Instagram, TikTok, Threads dan Youtube

+ - reset