Berita Berita
Anak perempuan MB Kedah dirawat di ICU akibat kemalangan, mungkin terlepas peperiksaan SPM
ALOR SETAR, 13 Nov. – Anak perempuan kepada Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor dilaporkan mengalami kecederaan di bahagian muka dan kepala selain patah tulang rusuk serta empat jari susulan kemalangan jalan raya berhampiran Kampung Alor Setol, petang semalam.
Muhammad Sanusi memaklumkan bahawa anak ketiganya itu kini ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini bagi membolehkan pasukan perubatan menjalankan pemantauan rapi serta pemeriksaan lanjut untuk mengesan sebarang kemungkinan kecederaan dalaman.
Menurut beliau, sekiranya pemeriksaan perubatan menunjukkan perkembangan yang lebih positif, anaknya berkemungkinan dipindahkan ke wad biasa pada esok hari.
Beliau berkata, mangsa yang merupakan pelajar tahfiz sedang mengikuti program pembelajaran fast track di Kolej Islam Darul Ulum (KIDU), Pokok Sena, namun dijangka tidak dapat menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang bermula 23 November ini akibat kecederaan serius pada tangan kanannya.
Terdahulu, Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Syed Basri Syed Ali berkata, siasatan awal mendapati kemalangan berlaku kira-kira jam 4 petang ketika mangsa berusia 20 tahun itu menunggang motosikal jenis Yamaha X-Max 250 dari arah kolejnya menghala ke Alor Setar.
Setibanya di lokasi kejadian, motosikal yang ditunggangi mangsa dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas ke dalam longkang di tepi jalan.
Kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. — Media Telus
Boleh follow media sosial Media Telus di Facebook, Instagram, TikTok, Threads dan Youtube
Berita berkaitan
November 14, 2026, 1:38 am
Ibu ditemukan maut dipercayai dijerut anak sendiri di Banting
November 13, 2026, 10:33 pm
Pijak al-Quran gara-gara berang dikritik netizen, Vikneswaran dipenjara 12 bulan, denda RM250,000
November 13, 2026, 10:04 pm
‘Macam ambil wuduk sebelum solat, ahli Pas wajib undi calon BN, PN’ – Hadi Awang
November 13, 2026, 7:41 pm
UMNO beri DAP empat pilihan, bubar Parlimen jika kerjasama politik berakhir
November 13, 2026, 6:47 pm
Anggota polis ditetak di Kepong tunjuk perkembangan positif, sudah mampu gerakkan jari — Fahmi
November 13, 2026, 6:40 pm
RoS tidak pernah luluskan pendaftaran pertubuhan berkaitan komuniti Rohingya
November 13, 2026, 6:33 pm
JPN Pulau Pinang siasat dakwaan pelajar Tingkatan Lima ditampar guru hingga enggan duduki SPM
November 13, 2026, 6:12 pm
