Berita Berita
RoS tidak pernah luluskan pendaftaran pertubuhan berkaitan komuniti Rohingya
KUALA LUMPUR, 13 Nov. – Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) mengesahkan tidak pernah meluluskan sebarang permohonan pendaftaran pertubuhan yang mempunyai kaitan dengan komuniti Rohingya di negara ini.
Ketua Pengarah RoS, Datuk Mohd Zulfikar Ahmad berkata, rekod jabatan merekodkan sebanyak 13 permohonan pendaftaran pertubuhan berkaitan komuniti tersebut pernah dikemukakan mengikut Akta Pertubuhan 1966 (Akta 832), namun kesemuanya ditolak selepas melalui penelitian mendalam.
Menerusi satu kenyataan hari ini, beliau menjelaskan bahawa pematuhan terhadap syarat asas permohonan semata-mata tidak secara automatik menjamin kelulusan kerana penilaian turut merangkumi aspek matlamat penubuhan, kandungan perlembagaan, serta faktor berkaitan keselamatan dan undang-undang.
Beliau memberi amaran tegas bahawa mana-mana entiti yang gagal mematuhi keperluan pendaftaran boleh dikategorikan sebagai pertubuhan menyalahi undang-undang, sekali gus mendedahkan individu yang menguruskannya kepada tindakan penguatkuasaan tanpa mengira latar belakang etnik, kewarganegaraan, mahupun status pelarian.
Setakat November ini, RoS mengendalikan 17 Kertas Siasatan (KSP) membabitkan 38 suspek atas pelbagai kesalahan di bawah Akta Pertubuhan 1966, termasuk mengemukakan dokumen palsu, menjalankan aktiviti tanpa pendaftaran sah, menggunakan lambang tidak diluluskan, serta memegang jawatan tanpa kelayakan.
Antara kes yang direkodkan termasuk sabitan kesalahan terhadap 16 warga asing komuniti Rohingya di Mahkamah Majistret Bukit Mertajam pada 19 November 2025 mengikut Seksyen 42 Akta 832, selain pendakwaan terhadap pengasas dan pengerusi Myanmar Ethnic Rohingya Human Rights Organisation Malaysia (MERHROM), Zafar Ahmad Abdul Ghani pada 30 September lalu di bawah Seksyen 42 dan Seksyen 48 akta sama.
Sehubungan itu, RoS menasihatkan orang ramai agar sentiasa menyemak status pendaftaran sesebuah pertubuhan sebelum menyertai sebarang aktiviti atau menyalurkan sumbangan, di samping menyalurkan aduan berbukti menerusi pejabat RoS berhampiran atau e-mel di ukom@ros.gov.my. — Media Telus
Boleh follow media sosial Media Telus di Facebook, Instagram, TikTok, Threads dan Youtube
Berita berkaitan
November 14, 2026, 1:38 am
Ibu ditemukan maut dipercayai dijerut anak sendiri di Banting
November 13, 2026, 10:33 pm
Pijak al-Quran gara-gara berang dikritik netizen, Vikneswaran dipenjara 12 bulan, denda RM250,000
November 13, 2026, 10:04 pm
‘Macam ambil wuduk sebelum solat, ahli Pas wajib undi calon BN, PN’ – Hadi Awang
November 13, 2026, 7:41 pm
UMNO beri DAP empat pilihan, bubar Parlimen jika kerjasama politik berakhir
November 13, 2026, 6:47 pm
Anggota polis ditetak di Kepong tunjuk perkembangan positif, sudah mampu gerakkan jari — Fahmi
November 13, 2026, 6:33 pm
JPN Pulau Pinang siasat dakwaan pelajar Tingkatan Lima ditampar guru hingga enggan duduki SPM
November 13, 2026, 6:28 pm
Anak perempuan MB Kedah dirawat di ICU akibat kemalangan, mungkin terlepas peperiksaan SPM
November 13, 2026, 6:12 pm
