Berita Berita
Ibu ditemukan maut dipercayai dijerut anak sendiri di Banting
KUALA LANGAT 13 Nov – Seorang wanita tempatan ditemukan maut dipercayai akibat dijerut pada bahagian leher oleh anaknya sendiri dalam kejadian di sebuah rumah di Banting, di sini, pada Jumaat.
Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Mohd Akmalrizal Radzi berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian itu menerusi Pusat Panggilan Kecemasan MERS 999 kira-kira jam 1 tengah hari.
Menurutnya, pemeriksaan awal mendapati mangsa dipercayai dibunuh dengan cara dijerut pada bahagian leher.
"Pemeriksaan awal mendapati mangsa dipercayai dibunuh dengan cara dijerut di bahagian leher.
"Susulan kejadian itu, polis menahan seorang lelaki warga tempatan dipercayai mempunyai kaitan dengan kejadian berkenaan bagi membantu siasatan.
"Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan motif kejadian masih dalam peringkat siasatan," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.
Mohd Akmalrizal berkata, siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian.
Sehubungan itu, orang ramai yang menyaksikan atau mempunyai sebarang maklumat berkaitan kes berkenaan diminta tampil membantu siasatan.
Maklumat boleh disalurkan ke balai polis berhampiran atau menghubungi Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Langat menerusi talian 03-3187 2222.
Berita berkaitan
November 13, 2026, 10:33 pm
Pijak al-Quran gara-gara berang dikritik netizen, Vikneswaran dipenjara 12 bulan, denda RM250,000
November 13, 2026, 10:04 pm
‘Macam ambil wuduk sebelum solat, ahli Pas wajib undi calon BN, PN’ – Hadi Awang
November 13, 2026, 7:41 pm
UMNO beri DAP empat pilihan, bubar Parlimen jika kerjasama politik berakhir
November 13, 2026, 6:47 pm
Anggota polis ditetak di Kepong tunjuk perkembangan positif, sudah mampu gerakkan jari — Fahmi
November 13, 2026, 6:40 pm
RoS tidak pernah luluskan pendaftaran pertubuhan berkaitan komuniti Rohingya
November 13, 2026, 6:33 pm
JPN Pulau Pinang siasat dakwaan pelajar Tingkatan Lima ditampar guru hingga enggan duduki SPM
November 13, 2026, 6:28 pm
Anak perempuan MB Kedah dirawat di ICU akibat kemalangan, mungkin terlepas peperiksaan SPM
November 13, 2026, 6:12 pm
