TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

BN dahului tiga DUN, PN di depan di Bukit Katil dalam kiraan awal PRN Melaka

By
|
Kongsi
image

 

MELAKA 14 Nov – Barisan Nasional (BN) mendahului persaingan di tiga kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) iaitu Sungai Udang, Asahan dan Machap Jaya, manakala Perikatan Nasional (PN) berada di hadapan di Bukit Katil berdasarkan keputusan kiraan undi awal Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka hari ini.

Di Sungai Udang, calon BN, Datuk Rais Yasin memperoleh 2,735 undi, jauh meninggalkan calon BERSATU yang meraih 147 undi dan BERSAMA dengan 50 undi.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, BN mendahului dengan majoriti awal 2,588 undi berdasarkan kiraan di empat saluran termasuk saluran tentera.

"Di Asahan, BN mendahului dengan 156 undi, Pakatan Harapan (22) dengan majoriti awal 134 manakala di Machap Jaya, BN mendahului dengan 57 undi dan PH (12)," katanya.

Sementara itu, Asyraf Wajdi memaklumkan PN yang merupakan rakan strategik BN turut menunjukkan prestasi positif apabila mendahului persaingan di DUN Bukit Katil.

Menurutnya, PN memperoleh 462 undi berbanding PH dengan 122 undi, manakala BERSAMA meraih 11 undi.

Kerusi Bukit Katil sebelum ini disandang Timbalan Menteri Pertahanan, Adly Zahari.

Bagaimanapun, angka berkenaan merupakan keputusan kiraan awal dan belum menggambarkan keputusan rasmi keseluruhan bagi kerusi yang dipertandingkan.

Keputusan rasmi PRN Melaka akan diumumkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) selepas proses pengiraan undi selesai.

+ - reset