Berita Berita
Tidak rasmi: BN-PN mendahului 24 daripada 28 kerusi DUN Melaka, PH hanya empat kerusi
MELAKA 14 Nov – Gabungan Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) menunjukkan penguasaan awal apabila mendahului 24 daripada keseluruhan 28 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dipertandingkan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ke-16, hari ini.
Berdasarkan keputusan tidak rasmi setakat pukul 7.25 malam, Pakatan Harapan (PH) pula hanya mendahului di empat kerusi DUN.
Empat kawasan berkenaan ialah Bandar Hilir, Ayer Keroh, Kesidang dan Kota Laksamana.
Perkembangan itu dipaparkan menerusi papan keputusan yang disediakan di Pusat Gerakan Barisan Nasional (BN Command Center) di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), di sini.
Keputusan awal berkenaan memperlihatkan BN dan PN berada pada kedudukan selesa untuk menguasai majoriti kerusi DUN Melaka sekiranya trend pengundian itu kekal sehingga proses pengiraan selesai.
Bagaimanapun, keputusan tersebut masih belum rasmi dan tertakluk kepada pengumuman Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) selepas semua undi selesai dikira.
Berita berkaitan
November 15, 2026, 12:20 am
Anwar ucap tahniah kepada BN, kerajaan Persekutuan sedia terus kerjasama bangunkan Melaka
November 14, 2026, 10:16 pm
PRN Melaka: ‘Hatrik’ tiga kemenangan berturut-turut bukan alasan untuk bermegah – Ahmad Zahid
November 14, 2026, 9:30 pm
PRN Melaka: PH hanya menang empat kerusi, Adly terima kekalahan dengan hati terbuka
November 14, 2026, 9:16 pm
PRN Melaka: Pecah rekod! Dulu menang 200 undi, kini BN tawan Duyong dengan majoriti lebih 10,000
November 14, 2026, 7:39 pm
Nama sudah ditanda mengundi walaupun belum buang undi, Adly gesa SPR beri penjelasan
November 14, 2026, 6:48 pm
BN dahului tiga DUN, PN di depan di Bukit Katil dalam kiraan awal PRN Melaka
November 14, 2026, 5:33 pm
PRN Melaka: Hampir 70 peratus keluar mengundi, DUN Serkam paling tinggi
November 14, 2026, 4:27 pm
PRN Melaka: Keputusan pertama dijangka 9.30 malam, semua 28 kerusi diketahui sebelum tengah malam
November 14, 2026, 3:12 pm
