TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

PRN Melaka: Pecah rekod! Dulu menang 200 undi, kini BN tawan Duyong dengan majoriti lebih 10,000

By
|
Kongsi
image

 

MELAKA 14 Nov – Barisan Nasional (BN) mencatatkan lonjakan kemenangan luar biasa di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Duyong apabila memperoleh majoriti 10,067 undi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ke-16, berbanding hanya 200 undi lima tahun lalu.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Dr Asyraf Wajdi Dusuki mendakwa keputusan itu sekali gus memecahkan rekod majoriti kemenangan BN di kawasan berkenaan.

Pada pilihan raya kali ini, calon BN, Datuk Mohd Noor Helmy Abdul Halem memperoleh 15,064 undi, jauh meninggalkan pencabarnya daripada Pakatan Harapan (PH), Poo Long Suan yang meraih 4,997 undi.

Perbezaan undi itu menyaksikan Mohd Noor Helmy mencatatkan peningkatan majoriti sebanyak 9,867 undi berbanding PRN Melaka ke-15.

Untuk rekod, pada pilihan raya negeri lima tahun lalu, Mohd Noor Helmy hanya menang dengan majoriti tipis 200 undi.

Keputusan kali ini menunjukkan peningkatan ketara sokongan undi yang diterima calon BN di Duyong berbanding pilihan raya sebelumnya.

Bagaimanapun, angka kemenangan berkenaan adalah berdasarkan dakwaan Asyraf Wajdi dan tertakluk kepada pengesahan rasmi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

+ - reset