Berita Jenayah
Pemandu kereta klon ditahan di Jeli, positif dadah dan miliki 13 rekod jenayah lampau
JELI, 16 Nov. – Taktik seorang lelaki memandu kereta klon terbongkar apabila ditahan polis ketika menjalankan rondaan cegah jenayah di Kampung Bukit Lakota di sini, kira-kira jam 12 tengah hari semalam.
Ketua Polis Daerah Jeli, Superintendan Kamarulzaman Harun berkata, suspek berusia 27 tahun itu ditahan sepasukan anggota Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jeli dalam operasi pemantauan di kawasan berkenaan.
Menurutnya, pemeriksaan lanjut ke atas kereta jenis Honda Integra yang dipandu suspek mendapati nombor casis dan enjin kenderaan tersebut tidak wujud dalam rekod pendaftaran Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), selain menggunakan nombor pendaftaran disyaki palsu.
Hasil ujian saringan air kencing turut mengesahkan suspek positif dadah jenis methamphetamine, manakala semakan rekod mendapati lelaki terbabit mempunyai 13 rekod jenayah lampau.
Suspek kini ditahan bagi membantu siasatan, sementara kenderaan terbabit diserahkan kepada Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) IPD Jeli untuk tindakan lanjut.
Pihak polis menegaskan akan terus mempergiat rondaan dan operasi penguatkuasaan di daerah berkenaan bagi membanteras aktiviti jenayah serta memastikan ketenteraman awam sentiasa terpelihara. — Media Telus
Boleh follow media sosial Media Telus di Facebook, Instagram, TikTok, Threads dan Youtube
Berita berkaitan
November 16, 2026, 3:20 pm
Khayal dadah dipercayai punca lelaki jerut leher ibu hingga maut di Banting
November 13, 2026, 10:36 am
Polis buru tiga lelaki pukul, ugut pemandu bas di Terminal Larkin Sentral
November 12, 2026, 7:53 am
Suspek tetak polis hingga putus tangan mati ditembak di Gombak
November 11, 2026, 10:07 am
Peniaga simpan ayam sejuk beku dari Thailand tanpa lesen dicekup
November 10, 2026, 12:55 pm
Kes pecah kedai pajak RM28.4 juta: 7 individu ditahan, bekas pengurus disyaki jadi dalang
November 10, 2026, 12:39 pm
Lelaki tular sering mengamuk ditahan di Keningau, polis sahkan positif dua jenis dadah
November 6, 2026, 10:04 am
Empat individu termasuk dua warga asing ditahan kes lelaki maut ditetak di Teluk Intan
November 5, 2026, 8:05 pm
Tiga individu ditahan bantu siasatan kes warga emas maut dipukul di Seremban
November 5, 2026, 2:41 pm
