TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Ridhuan Tee persoal pengurangan premium tanah dewan perhimpunan daripada RM4.67 juta kepada RM1,000

By
|
Kongsi
image

KUALA LUMPUR 16 Nov. – Pendakwah bebas, Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah mempersoalkan keistimewaan yang didakwa diberikan kepada sebuah dewan perhimpunan susulan keputusan pengurangan ketara kadar premium tanah daripada RM4.67 juta kepada hanya RM1,000, selain diberikan tempoh pajakan selama 99 tahun.

Menerusi hantaran di laman Facebook hari ini, beliau membangkitkan persoalan berhubung pemberian insentif sedemikian sambil mengaitkannya dengan kebimbangan terhadap implikasi pelaksanaan pilihan raya Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di Kuala Lumpur pada masa hadapan.

Walaupun tidak memperincikan secara langsung entiti yang dimaksudkan, kenyataan tersebut dipercayai merujuk kepada kelulusan pembaharuan pajakan tanah Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor (KLSCAH) yang diumumkan pada 14 November lalu.

Terdahulu, Felo Utama Institut Kajian Etnik (KITA) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Emeritus Datuk Dr Teo Kok Seong turut menyifatkan pengurangan kadar premium tanah KLSCAH itu sebagai tindakan mengejutkan dan tidak masuk akal, selain membangkitkan isu penggunaan bahasa rasmi pada majlis pengumuman rasmi kerajaan berkenaan.

Sementara itu, pihak kerajaan melalui Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Hannah Yeoh menjelaskan bahawa pengurangan premium kepada kadar nominal RM1,000 itu diluluskan oleh Jawatankuasa Tanah Wilayah Persekutuan selepas status tanah berkenaan ditukar kepada kegunaan institusi semata-mata tanpa nilai komersial, selain mengambil kira statusnya sebagai bangunan warisan sejak 2007.

Menurut penjelasan rasmi tersebut, jumlah keseluruhan bayaran berdasarkan notis tanah adalah sebanyak RM5,011 merangkumi sewa tanah tahun pertama dan caj pentadbiran, susulan komitmen kerajaan untuk memelihara bangunan bersejarah berkenaan. — Media Telus

Boleh follow media sosial Media Telus di Facebook, Instagram, TikTok, Threads dan Youtube

+ - reset