Berita Berita
'Jangan takut bermula dari bawah' - Dari jual kereta terpakai ke ‘Taikun Helikopter’, Syed Azman terima doktor kehormat UUM
KUALA LUMPUR 16 Nov – Bermula dengan perniagaan jual beli kereta terpakai selepas menamatkan perkhidmatan tentera, perjalanan Tan Sri Syed Azman Syed Ibrahim membina empayar perniagaan antarabangsa mendapat pengiktirafan Universiti Utara Malaysia (UUM), semalam.
Tokoh korporat yang dikenali sebagai ‘Taikun Helikopter’ itu menerima Ijazah Kehormat Doktor Falsafah Pengurusan Teknologi, Operasi dan Logistik sempena Majlis Konvokesyen Ke-39 UUM di Dewan Mu’adzam Shah.
Pengurniaan disempurnakan Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah yang juga Canselor UUM, sebagai pengiktirafan terhadap kepakaran, sumbangan dan kepimpinan beliau dalam bidang teknologi, operasi serta pengurusan logistik.
Anak kelahiran Sungai Petani, Kedah itu memulakan kerjaya dalam Angkatan Tentera Malaysia (ATM) pada 1981 dan berkhidmat selama 13 tahun dalam Kor Risik Diraja sebelum bersara dengan pangkat Mejar pada 1994.
Selepas meninggalkan dunia ketenteraan, beliau menceburi perniagaan jual beli kereta terpakai menggunakan wang simpanan sendiri serta sokongan keluarga sebelum mengembangkan perniagaan dalam sektor automotif.
Pembelian sebuah helikopter pada 2003 kemudian membuka peluang kepadanya meneroka industri penerbangan, sekali gus membawa kepada penubuhan Weststar Aviation Services.
Bermula dengan hanya dua helikopter, syarikat itu berkembang menjadi pengendali helikopter terbesar di Asia Tenggara dengan operasi merentasi 11 negara. Beliau turut dilaporkan mempunyai 68 helikopter.
Selain menerajui Kumpulan Weststar yang terbabit dalam sektor pertahanan, pembinaan, hospitaliti serta makanan dan minuman, Syed Azman turut menyumbang kepada pendidikan dan kebajikan masyarakat.
Antaranya ialah sumbangan peribadi RM1 juta kepada Universiti Putra Malaysia (UPM) pada 2018 bagi memperkasa bidang kejuruteraan aeroangkasa.
Beliau sebelum ini menerima Ijazah Kehormat Kejuruteraan daripada UPM pada 2015 serta Ijazah Kehormat Kejuruteraan Aeronautik daripada Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) pada 2022.
Syed Azman turut menerima anugerah Tokoh Perdana Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan 1448H/2026M pada 25 Ogos lalu.
Dalam ucapan penerimaannya, beliau menitipkan tiga pesanan kepada graduan, iaitu jangan berhenti belajar, sentiasa menjaga amanah dan kepercayaan serta jangan takut untuk bermula dari bawah.
Sumber: Universiti Utara Malaysia
Berita berkaitan
November 16, 2026, 10:29 pm
Ismail Lasim letak jawatan MB Negeri Sembilan berkuat kuasa hari ini, BN akan cadang pengganti
November 16, 2026, 5:03 pm
Dr Akmal persoal diskaun premium tanah RM4.67 juta ketika penghuni PPR diusir
November 16, 2026, 4:30 pm
Dari RM4.67 juta jadi RM1,000: Hannah yeoh jelaskan KLSCAH berstatus bangunan warisan, tiada nilai komersial
November 16, 2026, 4:16 pm
DBKL siap siaga 360 anggota, sedia pam berkuasa tinggi 180 HP hadapi banjir kilat
November 16, 2026, 3:31 pm
Hassan Abdul Karim hadir ke Bukit Aman beri keterangan siasatan sajak 'Patik Tak Rela'
November 16, 2026, 2:46 pm
‘Kalah pilihan raya bukan kalah perjuangan, korbankan prinsip demi kuasa baru tewas’ – Mat Sabu
November 16, 2026, 2:32 pm
Pelatih PLKN dicadang bantu mangsa bencana, latihan boleh dilanjut hingga 180 hari
November 16, 2026, 2:08 pm
Ridhuan Tee persoal pengurangan premium tanah dewan perhimpunan daripada RM4.67 juta kepada RM1,000
November 16, 2026, 2:02 pm
