TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Hassan Abdul Karim hadir ke Bukit Aman beri keterangan siasatan sajak 'Patik Tak Rela'

By
|
Kongsi
image

KUALA LUMPUR, 16 Nov. – Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim hadir ke Ibu Pejabat Polis Bukit Aman di sini petang ini bagi merakamkan keterangan bagi membantu siasatan berhubung penulisan sajak karyanya bertajuk 'Patik Tak Rela'.

Beliau yang tiba di pekarangan Bukit Aman kira-kira jam 2.50 petang dijadualkan memberikan keterangan kepada Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) pada jam 3 petang.

Terdahulu, Hassan memaklumkan bahawa kes berkenaan disiasat mengikut peruntukan di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Semalam, pemimpin yang juga merupakan seorang pengamal undang-undang itu memuat naik nukilan sajak tersebut di laman Facebook rasminya bagi menzahirkan rasa kecewa berhubung isu melibatkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Menerusi kandungan sajak berkenaan, Hassan mempersoalkan sama ada tindakan menyuarakan bantahan terhadap perkara yang disifatkannya sebagai satu ketidakadilan wajar dianggap sebagai perbuatan derhaka.

Beliau turut menekankan prinsip kedaulatan undang-undang serta keadilan yang perlu ditegakkan secara saksama tanpa mengira pangkat atau kedudukan seseorang, sambil menyifatkan sikap berdiam diri terhadap ketidakadilan sebagai satu bentuk persubahatan. — Media Telus

Boleh follow media sosial Media Telus di Facebook, Instagram, TikTok, Threads dan Youtube

+ - reset