Berita Berita
Dr Akmal persoal diskaun premium tanah RM4.67 juta ketika penghuni PPR diusir
KUALA LUMPUR, 16 Nov. – Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh mempertikaikan keputusan kerajaan mengurangkan kadar premium tanah sebuah bangunan di ibu negara daripada RM4.67 juta kepada RM1,000 atas alasan memelihara warisan.
Beliau menyifatkan langkah itu bercanggah dengan tindakan penguatkuasaan yang dikenakan terhadap penghuni Projek Perumahan Rakyat (PPR) dan Perumahan Awam (PA) Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).
Menerusi satu kenyataan video di media sosial hari ini, Dr Akmal membangkitkan persoalan berhubung keutamaan kebajikan rakyat selepas DBKL mengambil tindakan terhadap 602 unit PA dan PPR, termasuk mengosongkan 323 unit kediaman akibat isu tunggakan sewa.
Susulan itu, beliau menggesa pihak kementerian memperincikan jumlah sebenar tunggakan sewa yang didakwa tinggi sehingga memaksa penduduk berpendapatan rendah diusir daripada kediaman mereka.
Dr Akmal turut mempersoalkan sama ada jumlah tunggakan sewa penghuni PPR terbabit melebihi nilai pengurangan premium tanah berjumlah lebih RM4.6 juta yang diluluskan kerajaan.
Beliau berpandangan bahawa nilai pengurangan berkenaan sepatutnya lebih wajar disalurkan bagi membantu golongan memerlukan di Kuala Lumpur, termasuk melalui pemberian pengecualian bayaran sewa selama beberapa bulan kepada penghuni perumahan awam.
Terdahulu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Hannah Yeoh menjelaskan bahawa kadar nominal RM1,000 bagi pembaharuan pajakan tanah Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor (KLSCAH) diluluskan Jawatankuasa Tanah Wilayah Persekutuan.
Menurut beliau, kelulusan itu dibuat susulan penukaran syarat tanah kepada kegunaan institusi tanpa nilai komersial, selain mengambil kira statusnya sebagai bangunan warisan sejak 2007. — Media Telus
Boleh follow media sosial Media Telus di Facebook, Instagram, TikTok, Threads dan Youtube
Berita berkaitan
November 16, 2026, 10:29 pm
Ismail Lasim letak jawatan MB Negeri Sembilan berkuat kuasa hari ini, BN akan cadang pengganti
November 16, 2026, 4:30 pm
Dari RM4.67 juta jadi RM1,000: Hannah yeoh jelaskan KLSCAH berstatus bangunan warisan, tiada nilai komersial
November 16, 2026, 4:16 pm
DBKL siap siaga 360 anggota, sedia pam berkuasa tinggi 180 HP hadapi banjir kilat
November 16, 2026, 3:31 pm
Hassan Abdul Karim hadir ke Bukit Aman beri keterangan siasatan sajak 'Patik Tak Rela'
November 16, 2026, 2:46 pm
‘Kalah pilihan raya bukan kalah perjuangan, korbankan prinsip demi kuasa baru tewas’ – Mat Sabu
November 16, 2026, 2:32 pm
Pelatih PLKN dicadang bantu mangsa bencana, latihan boleh dilanjut hingga 180 hari
November 16, 2026, 2:08 pm
Ridhuan Tee persoal pengurangan premium tanah dewan perhimpunan daripada RM4.67 juta kepada RM1,000
November 16, 2026, 2:02 pm
