Berita Berita
'Arwah sempat tanya saya sudah makan ke belum sebelum ditemui maut' - Bapa pelajar tingkatan 3 SBP
TAIPING 19 Nov – Keluarga pelajar Tingkatan Tiga yang ditemukan meninggal dunia di sebuah sekolah berasrama penuh (SBP) di Kuala Kangsar semalam memilih untuk menunggu hasil siasatan dan bedah siasat sebelum membuat sebarang andaian mengenai kejadian itu.
Bapa pelajar berkenaan, Mohd Idzwan Razali, 48, berkata, keluarganya menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk menentukan perkara sebenar yang berlaku serta mengenal pasti punca kematian anaknya.
"Perlu ada siasatan yang telus dan menyeluruh. Itu harapan saya," katanya ketika ditemui di Jabatan Forensik Hospital Taiping, di sini, hari ini.
Menurutnya, pihak sekolah sudah memberikan penjelasan kepada keluarga mengenai keadaan yang membawa kepada kejadian itu, namun segala-galanya masih tertakluk kepada hasil siasatan.
"Mereka sudah memberikan penjelasan, tetapi semuanya masih tertakluk kepada hasil siasatan dan bedah siasat. Jadi, saya tidak boleh membuat sebarang andaian," katanya.
Mohd Idzwan berkata, beliau menerima makluman mengenai kematian anaknya daripada polis dan pengetua sekolah kira-kira jam 4 petang semalam.
Katanya, anaknya mengikuti persekolahan di situ sejak Tingkatan Satu dan sebelum ini dijangka meneruskan pengajian sehingga Tingkatan Lima.
"Dia anak ketiga daripada lima beradik. Secara keseluruhannya, dia seorang anak yang baik," katanya.
Beliau berkata, anaknya sempat pulang ke rumah ketika cuti Deepavali baru-baru ini sebelum kembali ke asrama.
Keluarga mereka menetap di Kuala Lumpur, manakala keluarga isterinya berasal dari Kuala Pilah, Negeri Sembilan.
"Semua anak saya tinggal di sekolah berasrama kecuali anak bongsu," katanya.
Ditanya mengenai pengalaman anaknya sepanjang bersekolah di situ, Mohd Idzwan berkata, tiada perkara luar biasa berlaku.
"Persekolahannya seperti biasa. Kehidupan di asrama juga sama seperti pelajar lain," katanya.
Menurutnya, kali terakhir anaknya menghubunginya sebelum kejadian adalah melalui aplikasi Telegram.
"Dia menghantar mesej mengenai perkara biasa, seperti bertanya sama ada saya sudah makan dan perkara lain," katanya.
Mohd Idzwan turut memaklumkan isterinya masih bersedih dengan pemergian anak mereka.
Jenazah Allahyarham dijangka dikebumikan di Juasseh, Kuala Pilah, Negeri Sembilan selepas proses bedah siasat selesai.
Semalam, seorang pelajar Tingkatan Tiga dilaporkan ditemukan meninggal dunia di kawasan sebuah SBP di Kuala Kangsar.
Beberapa kenderaan polis turut dilihat memasuki kawasan sekolah pada petang semalam, dipercayai bagi membantu siasatan.
Bagaimanapun, polis masih belum mengeluarkan kenyataan rasmi atau memberikan butiran lanjut mengenai kejadian berkenaan.
Berita berkaitan
November 19, 2026, 3:51 pm
Ali XPDC perlu jalani pembedahan jantung segera, tak mampu tanggung kos rawatan lebih RM50,000
November 19, 2026, 3:10 pm
'Dedahkan juga minit pengampunan Anwar, jangan pilih kasih' – Wan Saiful
November 19, 2026, 1:10 pm
'Honor Walk' terakhir buat Muhammad Aidil
November 19, 2026, 12:32 pm
UNHCR henti pendaftaran pelarian, Imigresen ambil alih secara berperingkat
November 19, 2026, 12:06 pm
‘Tak ada satu pun cerita yang ditokok tambah’ – Puteri Balqis ada dokumen 20 muka surat bukti, video
November 19, 2026, 11:51 am
'Ada tiga anak lagi juga dalam bidang perbuatan' - Ibu bedah mata, anak kendali bius di HPUSM
November 19, 2026, 11:28 am
Cuba lari selepas kereta ditahan, lelaki maut berbalas tembakan dengan polis di Ipoh
November 19, 2026, 9:43 am
