Berita Berita
Ibu muda dipercayai tikam dada anak baru lahir hingga maut sebelum teman lelaki bantu tanam belakang rumah di Pantai Remis
IPOH 20 Nov – Seorang wanita berusia 19 tahun dan teman lelakinya direman bagi membantu siasatan berhubung kematian bayi perempuan yang dipercayai ditikam pada hari dilahirkan di Pantai Remis, 14 November lalu.
Ketua Polis Perak, Datuk Mohd Alwi Zainal Abidin, berkata bayi itu dilahirkan kira-kira pukul 1 petang pada hari berkenaan.
Menurutnya, siasatan awal mendapati ibu bayi itu dipercayai melakukan perbuatan tersebut di rumahnya sebelum menghubungi teman lelaki untuk membantu menanam mayat bayi di belakang rumah.
"Rakannya yang berasa bersalah kemudian tampil membuat laporan polis sehingga membawa kepada tindakan siasatan dan penahanan ibu mangsa dan teman lelakinya," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak, Khamis.
Mohd Alwi berkata, siasatan awal menemukan dua kesan tikaman pada dada bayi itu.
"Kita juga sudah memperoleh senjata yang dipercayai digunakan oleh suspek dalam kejadian itu," katanya.
Beliau berkata, wanita berkenaan akan menjalani pemeriksaan psikiatri bagi mengenal pasti keadaan kesihatan mentalnya.
"Kedua-dua individu itu telah direman dari 18 hingga 23 November ini bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan," katanya.
Berita berkaitan
November 20, 2026, 12:00 pm
Seludup dadah guna aset tentera, dua anggota TUDM direman tujuh hari
November 20, 2026, 11:31 am
Veterinar Pulau Pinang siasat insiden anjing serang kucing di Butterworth
November 20, 2026, 11:07 am
'Islam ada jawapan ketika saya berada di titik terendah' - Pengasas bersama Foodie Media peluk Islam di Thailand
November 20, 2026, 10:59 am
Penglibatan anggota TUDM dalam sindiket dadah pengkhianatan serius amanah rakyat – Lam Thye
November 20, 2026, 10:52 am
75 anggota bomba bertungkus-lumus padam kebakaran gudang kereta potong di Chan Sow Lin
November 20, 2026, 10:46 am
Penjawat awam ditahan disyaki seludup masuk warga asing di KLIA Terminal 2
November 20, 2026, 10:39 am
Harimau belang ditembak mati selepas serang kakitangan Perhilitan di Kampung Bawong
November 20, 2026, 10:05 am
