Berita Berita
Ibu dan anak tak sempat selamatkan diri ditemui rentung dalam kebakaran rumah awal pagi di Parit Raja
BATU PAHAT 20 Nov – Dua mangsa yang dipercayai ibu dan anak ditemukan rentung di bilik utama sebuah rumah yang terbakar di Kampung Parit Raja, awal pagi tadi.
Kebakaran dipercayai bermula kira-kira pukul 2.40 pagi. Identiti kedua-dua mangsa masih belum dikenal pasti.
Komander Operasi Kanan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ayer Hitam, Mohamad Shamim Mohamed Salikin, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 2.50 pagi sebelum menggerakkan 16 anggota ke lokasi.
Setibanya di lokasi, pasukan bomba mendapati kebakaran membabitkan sebuah rumah jenis separuh kekal berukuran 40 x 70 kaki, atau kira-kira 12 x 21 meter.
“Tindakan operasi pemadaman dijalankan menggunakan aliran pemadaman dengan sumber air dari tangki pam jentera BBP Ayer Hitam dan BBP Penggaram.
“Kebakaran mengakibatkan kemusnahan 70 peratus struktur rumah. Seramai dua orang mangsa ditemukan rentung di bilik utama rumah terbabit.
“Mangsa dipercayai ibu dan anak, status jantina dan umur masih belum diketahui,” katanya dalam kenyataan.
Mohamad Shamim berkata, selepas operasi pemadaman selesai dan keadaan disahkan selamat, pasukan bomba menyerahkan kes kepada pihak forensik untuk tindakan lanjut.
“Punca kebakaran dan anggaran kerugian masih dalam siasatan,” katanya.
Berita berkaitan
November 20, 2026, 12:00 pm
Seludup dadah guna aset tentera, dua anggota TUDM direman tujuh hari
November 20, 2026, 11:31 am
Veterinar Pulau Pinang siasat insiden anjing serang kucing di Butterworth
November 20, 2026, 11:07 am
'Islam ada jawapan ketika saya berada di titik terendah' - Pengasas bersama Foodie Media peluk Islam di Thailand
November 20, 2026, 10:59 am
Penglibatan anggota TUDM dalam sindiket dadah pengkhianatan serius amanah rakyat – Lam Thye
November 20, 2026, 10:52 am
75 anggota bomba bertungkus-lumus padam kebakaran gudang kereta potong di Chan Sow Lin
November 20, 2026, 10:46 am
Penjawat awam ditahan disyaki seludup masuk warga asing di KLIA Terminal 2
November 20, 2026, 10:39 am
