Berita Berita
75 anggota bomba bertungkus-lumus padam kebakaran gudang kereta potong di Chan Sow Lin
KUALA LUMPUR, 20 Nov. – Seramai 75 anggota bomba daripada tujuh buah balai dikerahkan bagi memadamkan kebakaran yang memusnahkan kira-kira 90 peratus sebuah gudang kereta potong di Jalan Utusan, Off Jalan Chan Sow Lin di sini, awal pagi tadi.
Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pudu, Pegawai Bomba Kanan 1 Abdul Manas Abdul Wahab berkata, Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur menerima panggilan kecemasan berhubung insiden itu pada jam 5.53 pagi.
Susulan panggilan tersebut, sepasukan 75 anggota bersama jentera dari BBP Pudu serta bantuan enam balai bomba lain digerakkan segera ke lokasi kejadian.
Menurut beliau dalam satu kenyataan hari ini, jentera pertama yang tiba di lokasi pada jam 6.03 pagi mendapati api sedang marak membakar struktur gudang berkenaan sebelum berjaya dikawal daripada terus merebak tepat jam 7.03 pagi.
Katanya, pasukan operasi melaksanakan teknik pemadaman secara ofensif dan defensif dari keempat-empat sisi bangunan, selain menjalankan tindakan pembendungan bagi mengelakkan kebakaran merebak ke premis berhampiran.
Setakat ini, tiada sebarang mangsa atau kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian berkenaan, manakala kerja-kerja pemadaman sisa kebakaran serta siasatan bagi mengenal pasti punca kejadian masih diteruskan. — Media Telus
Boleh follow media sosial Media Telus di Facebook, Instagram, TikTok, Threads dan Youtube
Berita berkaitan
November 20, 2026, 12:00 pm
Seludup dadah guna aset tentera, dua anggota TUDM direman tujuh hari
November 20, 2026, 11:31 am
Veterinar Pulau Pinang siasat insiden anjing serang kucing di Butterworth
November 20, 2026, 11:07 am
'Islam ada jawapan ketika saya berada di titik terendah' - Pengasas bersama Foodie Media peluk Islam di Thailand
November 20, 2026, 10:59 am
Penglibatan anggota TUDM dalam sindiket dadah pengkhianatan serius amanah rakyat – Lam Thye
November 20, 2026, 10:46 am
Penjawat awam ditahan disyaki seludup masuk warga asing di KLIA Terminal 2
November 20, 2026, 10:39 am
Harimau belang ditembak mati selepas serang kakitangan Perhilitan di Kampung Bawong
November 20, 2026, 10:05 am
