TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

'Islam ada jawapan ketika saya berada di titik terendah' - Pengasas bersama Foodie Media peluk Islam di Thailand

By
|
Kongsi
image

 

KUALA LUMPUR 20 Nov - Pengasas bersama Foodie Media, Ali Edward Ng Zong Ren, mendaftarkan pengislamannya secara rasmi hari ini, hampir setahun selepas memeluk Islam di Thailand, menurut pendakwah Firdaus Wong.

Firdaus berkata, Ali yang mengasaskan bersama platform yang dikenali menerusi video mencari tempat makan itu pernah mengembara ke beberapa negara sebelum menetap di Thailand selama beberapa bulan.

Menurutnya, Ali tidak pernah terfikir untuk memeluk Islam ketika berada di Malaysia. Keputusan itu dibuat ketika beliau menetap di Thailand, sebuah negara yang majoriti penduduknya beragama Buddha.

“Menurutnya, Islam telah menyelamatkan dirinya.

“Ketika berada pada titik terendah dalam kehidupan, bergelut dengan pelbagai kekusutan, Islam memberikan jawapan kepada persoalan hidup yang selama ini membelenggu dirinya,” kata Firdaus dalam kenyataan itu.

Firdaus turut mengucapkan selamat datang kepada Ali dan mengajak mereka yang berminat mengenali Islam dengan lebih dekat supaya menghubungi Bahagian Dakwah Pertubuhan Mualaf Berbilang Bangsa Kuala Lumpur dan Selangor (MRM).

+ - reset