Berita Berita
Veterinar Pulau Pinang siasat insiden anjing serang kucing di Butterworth
BUTTERWORTH 20 NOVEMBER - Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) Pulau Pinang mengesahkan telah menerima tiga aduan rasmi berhubung insiden sekumpulan anjing menyerang seekor kucing di Taman Teluk Molek di sini, yang tular di media sosial baru-baru ini.
Pengarah JPV Pulau Pinang Dr Saira Banu Mohamed Rejab berkata, pihaknya kini sedang menjalankan siasatan terperinci berhubung kejadian berkenaan.
Beliau berkata, pasukan penyiasat juga telah mengenal pasti individu yang terlibat serta saksi di lokasi kejadian bagi membantu melengkapkan proses siasatan.
"Kita telah menerima tiga aduan berhubung kejadian terbabit dan tindakan siasatan sedang giat dijalankan.
"Sebarang perkembangan terkini berkaitan kes ini akan dimaklumkan dari semasa ke semasa setelah siasatan selesai," katanya.
Terdahulu, satu rakaman video berdurasi lima saat tular di media sosial yang memaparkan beberapa ekor anjing menyerang seekor kucing berhampiran pagar sebuah kediaman di kawasan perumahan tersebut.
Kejadian berkenaan turut mencetuskan perhatian ramai susulan dakwaan berlakunya pertengkaran mulut antara perakam video dengan pemilik haiwan peliharaan terbabit, selain dakwaan bahawa insiden serangan serupa pernah berlaku di kawasan itu sebelum ini.
Berita berkaitan
November 20, 2026, 12:00 pm
Seludup dadah guna aset tentera, dua anggota TUDM direman tujuh hari
November 20, 2026, 11:07 am
'Islam ada jawapan ketika saya berada di titik terendah' - Pengasas bersama Foodie Media peluk Islam di Thailand
November 20, 2026, 10:59 am
Penglibatan anggota TUDM dalam sindiket dadah pengkhianatan serius amanah rakyat – Lam Thye
November 20, 2026, 10:52 am
75 anggota bomba bertungkus-lumus padam kebakaran gudang kereta potong di Chan Sow Lin
November 20, 2026, 10:46 am
Penjawat awam ditahan disyaki seludup masuk warga asing di KLIA Terminal 2
November 20, 2026, 10:39 am
Harimau belang ditembak mati selepas serang kakitangan Perhilitan di Kampung Bawong
November 20, 2026, 10:05 am
