TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Penjawat awam ditahan disyaki seludup masuk warga asing di KLIA Terminal 2

By
|
Kongsi
image

SEPANG, 20 Nov. – Seorang penjawat awam ditahan pihak berkuasa selepas disyaki membawa masuk seorang warga asing tanpa dokumen perjalanan yang sah menerusi kaunter Imigresen di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 2, baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah KLIA, Asisten Komisioner M Ravi berkata, kegiatan tersebut berjaya dikesan oleh Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS) sebelum satu laporan polis dibuat berhubung kejadian berkenaan pada 17 November lalu.

Menurut beliau dalam satu kenyataan hari ini, laporan polis tersebut diterima pada jam 1.18 pagi daripada seorang pegawai AKPS yang sedang bertugas sewaktu insiden itu berlaku.

Susulan penahanan tersebut, kes terhadap penjawat awam berusia lingkungan 40-an itu kini disiasat mengikut Seksyen 26B(d) Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007 (ATIPSOM).

Sementara itu, seorang wanita warga asing berusia 38 tahun yang terbabit dalam kes berkenaan turut ditahan di bawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 atas kesalahan memasuki negara ini tanpa dokumen perjalanan yang sah. — Media Telus

Boleh follow media sosial Media Telus di Facebook, Instagram, TikTok, Threads dan Youtube

+ - reset