Berita Berita
Anggota polis trafik cedera dirempuh penunggang motosikal cuba lolos sekatan di Besut
BESUT, 20 Nov. – Seorang anggota polis trafik mengalami kecederaan pada bahagian paha kiri selepas terjatuh ketika cuba menahan seorang penunggang motosikal dalam Op Motosikal di sebuah stesen minyak di Bandar Jerteh di sini, malam tadi.
Ketua Polis Daerah Besut, Superintenden Mohd Rozaime Ab Rahim berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 11 malam membabitkan Koperal Saiful Azli Sabtu, 36, yang bertugas di Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Besut.
Menurut beliau ketika dihubungi hari ini, insiden tercetus apabila mangsa cuba menahan seorang lelaki yang menunggang motosikal jenis Yamaha Y15ZR berwarna hitam dan merah tanpa nombor pendaftaran serta tidak memakai topi keledar.
Bagaimanapun, suspek bertindak memecut laju kenderaannya secara tiba-tiba bagi meloloskan diri sehingga menyebabkan anggota polis berkenaan terjatuh dan cedera, sebelum dikejarkan ke Hospital Besut untuk mendapatkan rawatan lanjut.
Kes tersebut kini disiasat mengikut Seksyen 332 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja menyebabkan cedera bagi menakutkan penjawat awam daripada menjalankan kewajipannya, yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tiga tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.
Sehubungan itu, pihak polis meminta orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kejadian atau suspek terbabit agar tampil membantu siasatan dengan menghubungi IPD Besut atau mana-mana balai polis berhampiran. — Media Telus
Boleh follow media sosial Media Telus di Facebook, Instagram, TikTok, Threads dan Youtube
Berita berkaitan
November 20, 2026, 11:33 pm
'Saya hormat solat Jumaat' - Khoo Poay Tiong hanya bimbang arahan jejas peniaga bukan Islam di Kuala Terengganu
November 20, 2026, 10:03 pm
Kematian pelajar SBP Kuala Kangsar: CCTV tak tunjuk unsur buli, polis selesai rakam keterangan 41 saksi
November 20, 2026, 8:55 pm
Modal niaga dari RM5,000, Agrobank buka peluang kepada usahawan mikro India
November 20, 2026, 8:28 pm
Makin ramai, TUDM sahkan 5 pegawai, 2 anggota ditahan susulan penemuan 96.6 kg disyaki dadah di Subang
November 20, 2026, 5:33 pm
Khoo Poay Tiong suarakan kebimbangan impak arahan penutupan premis waktu solat Jumaat ke atas bukan Islam
November 20, 2026, 5:17 pm
Kemenangan untuk balu, mahkamah batal saman ibu mentua, abang ipar tuntut hibah RM1 juta
November 20, 2026, 5:13 pm
