TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Penjawat awam Pahang terima Bantuan Khas Kewangan dua bulan gaji dan bantuan Aidilfitri RM1,500

By
|
Kongsi
image

KUANTAN, 20 Nov. – Kerajaan Pahang mengumumkan pemberian Bantuan Khas Kewangan (BKK) sebanyak dua bulan gaji kepada seluruh penjawat awam negeri ini sebagai tanda penghargaan atas komitmen perkhidmatan mereka.

Perkara tersebut diumumkan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail ketika membentangkan Belanjawan Negeri Pahang 2027 pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang ke-15 di sini, hari ini.

Menurut beliau, bantuan yang membabitkan implikasi kewangan keseluruhan berjumlah RM58 juta itu akan disalurkan kepada para penerima dalam dua fasa pembayaran, iaitu pada bulan Januari dan Jun 2027.

Selain itu, kerajaan negeri turut bersetuju menyediakan Bantuan Khas Perayaan sebanyak RM1,500 dengan peruntukan berjumlah RM12 juta bagi membantu penjawat awam membuat persiapan menyambut perayaan Aidilfitri kelak.

Wan Rosdy berharap insentif kewangan berkenaan dapat menjadi suntikan semangat kepada seluruh jentera pentadbiran negeri untuk terus meningkatkan mutu penyampaian perkhidmatan, memelihara integriti, serta melaksanakan amanah demi kesejahteraan rakyat Pahang. — Media Telus

Boleh follow media sosial Media Telus di Facebook, Instagram, TikTok, Threads dan Youtube

+ - reset