Berita Berita
Sistem keadilan dua darjat bahayakan kedaulatan undang-undang generasi akan datang – Mohamad Sabu
KLANG, 20 Nov. – Membiarkan sistem keadilan dua darjat berakar umbi di negara ini akan membahayakan kedaulatan undang-undang serta masa depan generasi akan datang, tegas Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu.
Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) itu berkata, prinsip keluhuran undang-undang mesti dipertahankan sepenuhnya memandangkan setiap rakyat Malaysia adalah sama rata di sisi undang-undang dan Perlembagaan Persekutuan tanpa mengira pangkat atau latar belakang.
Menurut beliau pada sidang media selepas pelancaran skim AGRO i-Sinar di sini hari ini, penghormatan masyarakat antarabangsa terhadap Malaysia selama ini adalah berpaksikan kepada kedaulatan undang-undangnya yang perlu terus dibela.
Jelasnya, ramai individu berprofil tinggi termasuk bekas menteri besar dan ahli politik sebelum ini telah melalui proses perundangan biasa, dan sebarang kecenderungan mewujudkan keadilan berat sebelah dikhuatiri akan memberi kesan buruk kepada generasi muda kelak.
Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai cadangannya pada 11 November lalu untuk mendermakan keseluruhan gaji menterinya kepada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang memperjuangkan mekanisme perundangan tahanan rumah secara saksama.
Mohamad menegaskan bahawa sebarang mekanisme pelaksanaan tahanan rumah mestilah ditadbir oleh peraturan yang adil, telus, dan terpakai secara sama rata kepada semua banduan tanpa dipengaruhi status sosial, pengaruh politik, mahupun hubungan kekeluargaan.
Terdahulu, cadangan tersebut dikemukakan susulan keputusan membenarkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menjalani baki hukuman penjaranya bagi kes SRC International di bawah tahanan rumah bermula 10 November lalu. — Media Telus
Boleh follow media sosial Media Telus di Facebook, Instagram, TikTok, Threads dan Youtube
Berita berkaitan
November 20, 2026, 11:33 pm
'Saya hormat solat Jumaat' - Khoo Poay Tiong hanya bimbang arahan jejas peniaga bukan Islam di Kuala Terengganu
November 20, 2026, 10:03 pm
Kematian pelajar SBP Kuala Kangsar: CCTV tak tunjuk unsur buli, polis selesai rakam keterangan 41 saksi
November 20, 2026, 8:55 pm
Modal niaga dari RM5,000, Agrobank buka peluang kepada usahawan mikro India
November 20, 2026, 8:28 pm
Makin ramai, TUDM sahkan 5 pegawai, 2 anggota ditahan susulan penemuan 96.6 kg disyaki dadah di Subang
November 20, 2026, 5:33 pm
Khoo Poay Tiong suarakan kebimbangan impak arahan penutupan premis waktu solat Jumaat ke atas bukan Islam
November 20, 2026, 5:17 pm
Kemenangan untuk balu, mahkamah batal saman ibu mentua, abang ipar tuntut hibah RM1 juta
November 20, 2026, 5:13 pm
