Berita Berita
Dua lelaki warga China ditahan susulan pergaduhan berebut parkir di Taman Connaught
KUALA LUMPUR, 20 Nov. – Perselisihan faham berhubung petak parkir kenderaan di hadapan sebuah kedai serbaneka di Taman Connaught di sini bertukar menjadi pergaduhan awal pagi tadi, yang membawa kepada penahanan dua lelaki warga China.
Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Mohd Rosdi Daud berkata, pihak polis menerima laporan berhubung kekecohan itu sebelum sepasukan anggota daripada Bahagian Siasatan Jenayah (D7), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras menahan kedua-dua suspek pada jam 5 pagi di kawasan Jalan 9, Taman Len Seng.
Menurut beliau dalam satu kenyataan hari ini, kedua-dua suspek yang berusia lewat 20-an dan awal 30-an itu turut mengalami kecederaan pada bahagian kepala serta muka dan telah dibawa untuk mendapatkan rawatan perubatan.
Jelasnya, semakan awal ke atas rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di lokasi kejadian mendapati beberapa individu lain turut terlibat dalam insiden berkenaan dengan menggunakan objek dipercayai batang besi sebagai senjata.
Kedua-dua suspek telah dihadapkan ke mahkamah dan direman selama empat hari bermula hari ini sehingga Isnin bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan kerana merusuh menggunakan senjata atau benda berbahaya.
Sehubungan itu, pihak polis sedang giat mengesan beberapa lagi individu yang dipercayai terbabit dalam kejadian tersebut bagi melengkapkan siasatan. — Media Telus
Boleh follow media sosial Media Telus di Facebook, Instagram, TikTok, Threads dan Youtube
Berita berkaitan
November 20, 2026, 11:33 pm
'Saya hormat solat Jumaat' - Khoo Poay Tiong hanya bimbang arahan jejas peniaga bukan Islam di Kuala Terengganu
November 20, 2026, 10:03 pm
Kematian pelajar SBP Kuala Kangsar: CCTV tak tunjuk unsur buli, polis selesai rakam keterangan 41 saksi
November 20, 2026, 8:55 pm
Modal niaga dari RM5,000, Agrobank buka peluang kepada usahawan mikro India
November 20, 2026, 8:28 pm
Makin ramai, TUDM sahkan 5 pegawai, 2 anggota ditahan susulan penemuan 96.6 kg disyaki dadah di Subang
November 20, 2026, 5:33 pm
Khoo Poay Tiong suarakan kebimbangan impak arahan penutupan premis waktu solat Jumaat ke atas bukan Islam
November 20, 2026, 5:17 pm
Kemenangan untuk balu, mahkamah batal saman ibu mentua, abang ipar tuntut hibah RM1 juta
November 20, 2026, 5:13 pm
