TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Penunggang motosikal maut dirempuh pemandu warga asing langgar lampu merah

By
|
Kongsi
image

KUALA LUMPUR, 21 Nov. – Seorang penunggang motosikal maut di tempat kejadian selepas dirempuh sebuah kereta yang dipandu seorang lelaki warga asing yang dipercayai melanggar lampu isyarat merah di persimpangan lampu isyarat Jalan Jelatek di sini, hari ini.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur, Superintendan Suffian Abdullah berkata, siasatan awal mendapati mangsa berusia 43 tahun itu sedang bergerak dari arah Taman Keramat menghala ke Setiawangsa ketika lampu isyarat di laluannya menunjukkan warna hijau.

Bagaimanapun, sebuah kereta yang dipandu lelaki warga Libya berusia 32 tahun dari arah Wangsa Maju dipercayai gagal mematuhi lampu isyarat merah sebelum merempuh motosikal mangsa.

Menurut beliau dalam satu kenyataan hari ini, impak pelanggaran tersebut menyebabkan mangsa mengalami kecederaan parah dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Hasil ujian saringan alkohol terhadap pemandu kereta menggunakan alat EBA II mencatatkan bacaan sifar, manakala ujian saringan awal air kencing turut didapati negatif dadah.

Suspek kini ditahan di lokap Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi untuk permohonan perintah reman bagi membantu siasatan lanjut mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara melulu atau membahayakan sehingga menyebabkan kematian.

Sehubungan itu, polis meminta orang ramai atau saksi yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian supaya menghubungi Balai Polis Trafik Tun H.S. Lee di talian 03-2071 9999 atau mana-mana balai polis berhampiran. — Media Telus

Boleh follow media sosial Media Telus di Facebook, Instagram, TikTok, Threads dan Youtube

+ - reset