Berita Berita
Khoo Poay Tiong mohon maaf secara terbuka berhubung hantaran isu penutupan premis hari Jumaat
KUALA LUMPUR, 21 Nov. – Ahli Parlimen Kota Melaka, Khoo Poay Tiong tampil memohon maaf secara terbuka berhubung hantaran terdahulu beliau mengenai arahan penutupan sementara premis perniagaan di Kuala Terengganu pada setiap hari Jumaat.
Menerusi satu kenyataan permohonan maaf yang dikeluarkan hari ini, beliau mengakui terdapat kelemahan dalam cara beliau menyampaikan pandangan tersebut sehingga pemilihan kata-kata dan nadanya menimbulkan salah faham, menyinggung perasaan serta mencetuskan keresahan dalam kalangan masyarakat, khususnya umat Islam.
Beliau menjelaskan bahawa dirinya amat menghormati agama Islam, amalan solat Jumaat serta hak umat Islam untuk menunaikan tuntutan agama mereka, selain menegaskan sama sekali tidak berniat untuk mempertikaikan atau memperkecilkan kepentingan ibadah tersebut.
Menurut Khoo, sebagai seorang wakil rakyat dan pemimpin, beliau sepatutnya lebih berhati-hati, bertanggungjawab serta sensitif dalam menyuarakan pandangan, terutamanya apabila membabitkan isu agama dan sensitiviti masyarakat majmuk.
Tambah beliau, segala teguran dan kritikan yang diberikan diterima dengan hati terbuka serta beliau mengambil tanggungjawab sepenuhnya atas kekhilafan dalam penyampaian kenyataan berkenaan.
Sehubungan itu, beliau sekali lagi memohon maaf dengan penuh keikhlasan kepada semua pihak yang tersinggung atau terluka dan berjanji akan mengambil iktibar daripada perkara tersebut untuk lebih berhati-hati pada masa hadapan. — Media Telus
Boleh follow media sosial Media Telus di Facebook, Instagram, TikTok, Threads dan Youtube
Berita berkaitan
November 21, 2026, 1:04 pm
Radzi Jidin gesa siasat menyeluruh kes curi kabel terang-terangan di Jalan Tun Razak
November 21, 2026, 12:48 pm
Penunggang motosikal maut dirempuh pemandu warga asing langgar lampu merah
November 21, 2026, 12:40 pm
Dua beradik ditemukan rentung berpelukan dalam kebakaran di Sik
November 20, 2026, 11:33 pm
'Saya hormat solat Jumaat' - Khoo Poay Tiong hanya bimbang arahan jejas peniaga bukan Islam di Kuala Terengganu
November 20, 2026, 10:03 pm
Kematian pelajar SBP Kuala Kangsar: CCTV tak tunjuk unsur buli, polis selesai rakam keterangan 41 saksi
November 20, 2026, 8:55 pm
Modal niaga dari RM5,000, Agrobank buka peluang kepada usahawan mikro India
November 20, 2026, 8:28 pm
