Berita Berita
Radzi Jidin gesa siasat menyeluruh kes curi kabel terang-terangan di Jalan Tun Razak
KUALA LUMPUR, 21 Nov. – Ahli Parlimen Putrajaya, Datuk Dr Mohd Radzi Md Jidin menggesa pihak berkuasa menjalankan siasatan menyeluruh berhubung kegiatan kecurian kabel yang dilaporkan berlaku secara terang-terangan di kawasan Jalan Tun Razak di sini.
Menurut beliau, gesaan itu dibuat susulan penularan rakaman video pagi tadi yang memaparkan perbuatan mencuri kabel dilakukan di hadapan orang ramai.
Jelas Mohd Radzi menerusi satu hantaran di aplikasi Threads hari ini, isu kecurian kabel bukanlah perkara baharu kerana ia sering berulang dan menuntut tindakan penguatkuasaan yang komprehensif untuk menanganinya.
Beliau turut mengimbas kembali persoalan yang pernah dibangkitkannya di Parlimen berhubung pihak yang membeli kabel curi tersebut serta bentuk tindakan undang-undang yang dikenakan terhadap mereka.
Tegasnya, siasatan pihak berkuasa tidak wajar terhad kepada individu yang melakukan kecurian di lokasi kejadian semata-mata, sebaliknya perlu merangkumi keseluruhan rantaian sindiket termasuk pihak yang membeli dan menjual barangan curi berkenaan.
Sehubungan itu, beliau meminta agar pihak berkuasa segera menyiasat insiden yang tular tersebut, mengenal pasti pelaku terbabit, serta mengambil tindakan tegas mengikut peruntukan undang-undang demi memelihara kemudahan awam dan keselamatan orang ramai. — Media Telus
Boleh follow media sosial Media Telus di Facebook, Instagram, TikTok, Threads dan Youtube
Berita berkaitan
November 21, 2026, 1:12 pm
Khoo Poay Tiong mohon maaf secara terbuka berhubung hantaran isu penutupan premis hari Jumaat
November 21, 2026, 12:48 pm
Penunggang motosikal maut dirempuh pemandu warga asing langgar lampu merah
November 21, 2026, 12:40 pm
Dua beradik ditemukan rentung berpelukan dalam kebakaran di Sik
November 20, 2026, 11:33 pm
'Saya hormat solat Jumaat' - Khoo Poay Tiong hanya bimbang arahan jejas peniaga bukan Islam di Kuala Terengganu
November 20, 2026, 10:03 pm
Kematian pelajar SBP Kuala Kangsar: CCTV tak tunjuk unsur buli, polis selesai rakam keterangan 41 saksi
November 20, 2026, 8:55 pm
Modal niaga dari RM5,000, Agrobank buka peluang kepada usahawan mikro India
November 20, 2026, 8:28 pm
