Berita Berita
Aksi 'wheelie' remaja 16 tahun bawa padah, motosikal milik kakak disita JPJ di Klang
SHAH ALAM, 22 Nov. – Aksi lagak ngeri seorang remaja lelaki berusia 16 tahun yang mengangkat tayar hadapan motosikal atau wheelie membawa padah apabila dia ditahan dalam operasi Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) di Pandamaran, Klang, awal pagi tadi.
Pelajar Tingkatan Empat yang tidak memiliki lesen memandu itu merupakan antara penunggang muda yang dicekup menerusi Op Samseng Jalanan JPJ Selangor bagi membanteras kegiatan menunggang secara melulu serta lumba haram.
Remaja berkenaan mendakwa dia menunggang berlima dan baru sahaja belajar melakukan aksi berbahaya tersebut selepas melihat rakan-rakannya berbuat demikian, sebelum motosikal jenis Yamaha LC135 V8 milik kakaknya disita dan dia dikenakan saman atas pelbagai kesalahan teknikal.
Dalam kes berasingan, seorang remaja perempuan berusia 15 tahun tanpa lesen memandu turut ditahan anggota penguat kuasa selepas dikesan menunggang motosikal di Dataran Shah Alam atas alasan sekadar mahu mencuba membawa kenderaan itu selepas tiba di lokasi bersama sepupunya.
Pengarah JPJ Selangor, Datuk Ahmad Kamarunzaman Mehat berkata, operasi yang bermula dari jam 6 petang semalam hingga 4 pagi tadi dijalankan di sekitar Klang dan Shah Alam bagi membendung aktiviti lumba haram, menunggang secara berbahaya serta menguji kelajuan di jalan awam.
Menurutnya, sebanyak 230 buah motosikal telah diperiksa mengikut Seksyen 42A Akta Pengangkutan Jalan 1987 dengan 67 daripadanya disita, manakala sejumlah 398 kesalahan dikesan sepanjang operasi tersebut.
Antara kesalahan yang direkodkan membabitkan 102 kesalahan teknikal, tiada lesen memandu (48), penunggang bawah umur (18), nombor pendaftaran tidak mengikut spesifikasi (32), ubah suai ekzos (19) serta tiada brek belakang (18).
Tambah beliau, pihak JPJ turut mengeluarkan keseluruhan 541 notis sepanjang operasi berkenaan merangkumi 398 notis saman (P22), 67 notis sita, 38 notis arah periksa serta 38 notis larangan penggunaan kenderaan, sambil menegaskan pihaknya tidak akan berkompromi terhadap mana-mana pengguna jalan raya yang mengancam keselamatan awam. — Media Telus
Boleh follow media sosial Media Telus di Facebook, Instagram, TikTok, Threads dan Youtube
Berita berkaitan
November 22, 2026, 7:09 pm
Ahmad Zahid minta Ketua Pemuda MCA dan UMNO henti perbalahan isu pilihan raya PBT
November 22, 2026, 7:04 pm
Niat bantu kenderaan rosak bertukar tragedi, warga Pakistan maut dirempuh lori di Kulai
November 22, 2026, 6:45 pm
Pekerja pendawaian maut terkena renjatan eletrik ketika potong paip mengandungi wayar
November 22, 2026, 5:06 pm
Menteri Besar Negeri Sembilan dikejarkan ke hospital
November 22, 2026, 1:11 pm
Peniaga mengaku tidak bersalah tuduhan berperawakan seperti wanita di Ketereh
November 22, 2026, 1:06 pm
Anthony Loke sahkan sudah letak jawatan Menteri Pengangkutan, status penerimaan perlu dirujuk kepada PM
November 22, 2026, 1:01 pm
Penglibatan anggota dalam pengedaran dadah boleh jejas kesiagaan pertahanan negara – Mohamed Khaled
November 22, 2026, 12:49 pm
