Berita Berita
Ahmad Zahid minta Ketua Pemuda MCA dan UMNO henti perbalahan isu pilihan raya PBT
KUALA LUMPUR, 22 Nov. – Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi meminta Ketua Pemuda MCA, Ling Tian Soon dan Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh supaya menghentikan perbalahan berhubung cadangan mengembalikan semula pilihan raya pihak berkuasa tempatan (PBT).
Ahmad Zahid menyifatkan pertelingkahan antara kedua-dua pemimpin muda parti komponen BN itu hanyalah satu salah faham yang wajar diselesaikan secara kekeluargaan dan tidak sepatutnya dijadikan polemik di media sosial.
Beliau berkata demikian dalam nada berseloroh ketika menyampaikan ucapan perasmian Perhimpunan Agung MCA di Dewan San Choon, Wisma MCA di sini hari ini sambil menegaskan bahawa beliau menghormati kedua-dua pemimpin sayap pemuda berkenaan.
Turut hadir pada perhimpunan tersebut ialah Presiden MCA, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong; Timbalan Presiden MCA, Datuk Dr Mah Hang Soon; Setiausaha Agung MCA, Datuk Chong Sin Woon; Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir; Timbalan Presiden MIC, Datuk Seri M Saravanan serta Setiausaha Agung Parti Progresif Penduduk (PPP), Datuk K Santhra Segaran.
Terdahulu, Pemuda MCA menerusi salah satu daripada lapan resolusi pada Perhimpunan Agung Pemuda MCA 2026 mencadangkan agar kerajaan mengembalikan pilihan raya PBT dengan memulakannya di Wilayah Persekutuan.
Cadangan berkenaan bagaimanapun dibantah oleh Dr Muhamad Akmal menerusi satu hantaran di Facebook yang menegaskan pendirian Pemuda MCA itu tidak mewakili Pemuda BN mahupun Pemuda UMNO, selain menyarankan agar MCA bertanding di kawasan bandar sahaja manakala kawasan majoriti Melayu diserahkan kepada parti komponen lain.
Dalam perkembangan berkaitan, Naib Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Wilayah Persekutuan, Jeremy Ang turut menggesa Pemuda MCA mengecam kenyataan Dr Muhamad Akmal dengan berpandangan kenyataan tersebut mengetepikan keperluan penyertaan politik golongan pertengahan Melayu di bandar serta pengundi pelbagai kaum. — Media Telus
Boleh follow media sosial Media Telus di Facebook, Instagram, TikTok, Threads dan Youtube
Berita berkaitan
November 22, 2026, 7:04 pm
Niat bantu kenderaan rosak bertukar tragedi, warga Pakistan maut dirempuh lori di Kulai
November 22, 2026, 6:45 pm
Pekerja pendawaian maut terkena renjatan eletrik ketika potong paip mengandungi wayar
November 22, 2026, 5:06 pm
Menteri Besar Negeri Sembilan dikejarkan ke hospital
November 22, 2026, 1:11 pm
Peniaga mengaku tidak bersalah tuduhan berperawakan seperti wanita di Ketereh
November 22, 2026, 1:06 pm
Anthony Loke sahkan sudah letak jawatan Menteri Pengangkutan, status penerimaan perlu dirujuk kepada PM
November 22, 2026, 1:01 pm
Penglibatan anggota dalam pengedaran dadah boleh jejas kesiagaan pertahanan negara – Mohamed Khaled
November 22, 2026, 12:56 pm
Aksi 'wheelie' remaja 16 tahun bawa padah, motosikal milik kakak disita JPJ di Klang
November 22, 2026, 12:49 pm
