TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Pekerja pendawaian maut terkena renjatan eletrik ketika potong paip mengandungi wayar

By
|
Kongsi
image

PENDANG, 22 Nov. – Seorang pekerja pendawaian meninggal dunia selepas dipercayai terkena renjatan elektrik ketika menjalankan kerja di atas bumbung sebuah rumah di Kampung Manggol, Ayer Puteh, di sini semalam.

Timbalan Ketua Polis Daerah Pendang, Deputi Superintenden Mohd Rosli Yusof berkata, kejadian dipercayai berlaku kira-kira jam 12.30 tengah hari sebelum mangsa ditemukan dalam keadaan tidak sedarkan diri di lokasi berkenaan.

Susulan insiden itu, sepasukan anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dikejarkan ke tempat kejadian bagi membantu menurunkan mangsa dari atas bumbung kediaman tersebut.

Mangsa kemudian dikejarkan ke Hospital Pendang menggunakan ambulans untuk mendapatkan rawatan lanjut, namun disahkan meninggal dunia kira-kira jam 2 petang ketika menerima rawatan.

Menurut Mohd Rosli, hasil siasatan mendapati mangsa dipercayai terkena renjatan elektrik semasa memotong paip PVC yang mengandungi wayar elektrik dan kes berkenaan diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR).

Operasi menyelamat dan bantuan di lokasi kejadian turut melibatkan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM), JBPM serta petugas kesihatan dari Hospital Pendang. — Media Telus

Boleh follow media sosial Media Telus di Facebook, Instagram, TikTok, Threads dan Youtube

+ - reset