Berita Berita
Menteri Besar Negeri Sembilan dikejarkan ke hospital
KUALA LUMPUR 22 Nov – Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Ismail Lasim, dilaporkan semakin pulih ketika menerima rawatan di sebuah hospital di Shah Alam.
Setiausaha Akhbar kepada Menteri Besar Negeri Sembilan, Mohd Fasha Musthafa, mengesahkan perkara itu menerusi satu makluman pada Ahad.
“Saya telah mendapat pengesahan berhubung keadaan Datuk Ismail Lasim. Untuk makluman, beliau kini sedang menerima rawatan di hospital dan alhamdulillah keadaannya dilaporkan semakin pulih.
"Terima kasih atas keprihatinan semua. Marilah kita bersama-sama mendoakan agar beliau segera sembuh dan dikurniakan kesihatan yang baik," katanya.
Punca kemasukan Ismail, yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Juasseh, ke hospital dan waktu beliau dimasukkan ke wad masih belum dapat dipastikan.
Terdahulu, majlis angkat sumpah Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Negeri Sembilan yang dijadualkan berlangsung di Istana Seri Menanti pada Ahad dilaporkan tidak berlangsung.
Berita berkaitan
November 22, 2026, 7:09 pm
Ahmad Zahid minta Ketua Pemuda MCA dan UMNO henti perbalahan isu pilihan raya PBT
November 22, 2026, 7:04 pm
Niat bantu kenderaan rosak bertukar tragedi, warga Pakistan maut dirempuh lori di Kulai
November 22, 2026, 6:45 pm
Pekerja pendawaian maut terkena renjatan eletrik ketika potong paip mengandungi wayar
November 22, 2026, 1:11 pm
Peniaga mengaku tidak bersalah tuduhan berperawakan seperti wanita di Ketereh
November 22, 2026, 1:06 pm
Anthony Loke sahkan sudah letak jawatan Menteri Pengangkutan, status penerimaan perlu dirujuk kepada PM
November 22, 2026, 1:01 pm
Penglibatan anggota dalam pengedaran dadah boleh jejas kesiagaan pertahanan negara – Mohamed Khaled
November 22, 2026, 12:56 pm
Aksi 'wheelie' remaja 16 tahun bawa padah, motosikal milik kakak disita JPJ di Klang
November 22, 2026, 12:49 pm
