Berita Berita
Pelajar kurang berkemampuan di Muar tetap terima tajaan tuisyen RM200,000 walau Syed Saddiq terlepas sasaran Ironman
LANGKAWI, 22 Nov. – Usaha Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Abdul Rahman menamatkan saingan Ironman Langkawi tidak sia-sia apabila pelajar kurang berkemampuan di kawasan Parlimennya tetap akan menerima tajaan tuisyen bernilai RM200,000 meskipun beliau gagal mencapai sasaran masa di bawah 12 jam.
Penyedia perkhidmatan pendidikan dan tuisyen, PTTI yang bekerjasama dengan bekas Menteri Belia dan Sukan itu dalam cabaran berkenaan memutuskan untuk meneruskan tajaan tersebut sebagai mengiktiraf keazaman beliau menamatkan perlumbaan lasak itu semalam.
Syed Saddiq berjaya melintasi garisan penamat di Pantai Cenang dengan catatan masa 12 jam, 48 minit dan 38 saat selepas mengharungi disiplin renang sejauh 3.8 kilometer (km), berbasikal sejauh 180 km melalui laluan berbukit serta larian maraton penuh sejauh 42.2 km.
Menurut PTTI dalam satu kenyataan hari ini, pelajar di Muar akan menerima kelas tuisyen percuma bernilai RM200,000 hasil usaha keras Syed Saddiq, sambil menasihati para penerima tajaan supaya belajar bersungguh-sungguh dan menjadikan kesungguhan beliau sebagai inspirasi.
Terdahulu, Syed Saddiq mengakui beliau berdepan kesukaran sepanjang perlumbaan dan hampir menarik diri beberapa kali akibat keadaan laluan yang lebih mencabar serta cuaca terlalu panas mencecah suhu 33 darjah Celsius yang dirasai seperti 36 darjah Celsius.
Jelasnya, beliau memulakan larian maraton pada jam 3.30 petang dan mula mengalami muntah serta kekejangan otot secara berulang pada baki 20 km terakhir, namun tetap meneruskan saingan hingga ke garisan penamat bagi membuktikan komitmennya berkhidmat kepada masyarakat. — Media Telus
Boleh follow media sosial Media Telus di Facebook, Instagram, TikTok, Threads dan Youtube
Berita berkaitan
November 22, 2026, 7:09 pm
Ahmad Zahid minta Ketua Pemuda MCA dan UMNO henti perbalahan isu pilihan raya PBT
November 22, 2026, 7:04 pm
Niat bantu kenderaan rosak bertukar tragedi, warga Pakistan maut dirempuh lori di Kulai
November 22, 2026, 6:45 pm
Pekerja pendawaian maut terkena renjatan eletrik ketika potong paip mengandungi wayar
November 22, 2026, 5:06 pm
Menteri Besar Negeri Sembilan dikejarkan ke hospital
November 22, 2026, 1:11 pm
Peniaga mengaku tidak bersalah tuduhan berperawakan seperti wanita di Ketereh
November 22, 2026, 1:06 pm
Anthony Loke sahkan sudah letak jawatan Menteri Pengangkutan, status penerimaan perlu dirujuk kepada PM
November 22, 2026, 1:01 pm
Penglibatan anggota dalam pengedaran dadah boleh jejas kesiagaan pertahanan negara – Mohamed Khaled
November 22, 2026, 12:56 pm
Aksi 'wheelie' remaja 16 tahun bawa padah, motosikal milik kakak disita JPJ di Klang
November 22, 2026, 12:49 pm
