TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Peniaga mengaku tidak bersalah tuduhan berperawakan seperti wanita di Ketereh

By
|
Kongsi
image

KOTA BHARU, 22 Nov. – Seorang peniaga lelaki mengaku tidak bersalah di Mahkamah Rendah Syariah di sini hari ini atas pertuduhan berperawakan seperti wanita di sebuah inap desa di Ketereh, Januari lalu.

Tertuduh, Mohd Hafizam Hamid, 40, membuat pengakuan tersebut selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Wan Mohd Firdaus W Ibrahim.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa memakai kaftan labuh sehingga paras kaki serta berambut paras bahu di sebuah inap desa di Kampung Hutan Pasir, Ketereh, pada jam 12 tengah malam, 14 Januari lalu.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 19(1) Enakmen Kanun Jenayah Syariah (I) 2019 yang memperuntukkan hukuman denda tidak melebihi RM3,000 atau penjara sehingga dua tahun atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Syafika Mat Husin yang mencadangkan jaminan sebanyak RM1,500 dengan dua orang penjamin, manakala tertuduh diwakili peguam syarie, Muhammad Syarafi Mohd Salleh.

Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM1,500 dan menetapkan 24 Januari depan sebagai tarikh sebutan semula kes serta serahan dokumen. — Media Telus

Boleh follow media sosial Media Telus di Facebook, Instagram, TikTok, Threads dan Youtube

+ - reset