Berita Berita
Anthony Loke sahkan sudah letak jawatan Menteri Pengangkutan, status penerimaan perlu dirujuk kepada PM
SHAH ALAM, 22 Nov. – Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook mengesahkan beliau telah meletakkan jawatan sebagai Menteri Pengangkutan, namun menjelaskan status penerimaan peletakan jawatan berkenaan perlu dirujuk kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Menurut beliau, setakat ini masih belum ada sebarang pertemuan diadakan bersama Perdana Menteri bagi membincangkan perkara tersebut.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menghadiri Konvensyen Tahunan DAP Negeri Selangor di sini hari ini apabila ditanya mengenai kedudukan teknikal jawatannya yang masih belum diputuskan.
Turut hadir pada konvensyen tersebut ialah Pengerusi Kebangsaan DAP, Gobind Singh Deo dan Pengerusi DAP Selangor, Ng Sze Han.
Terdahulu, Anthony mengemukakan surat peletakan jawatan kepada Perdana Menteri pada 28 September lalu susulan keputusan Lembaga Pengampunan yang membolehkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menjalani baki hukuman penjaranya di bawah tahanan rumah.
Bagaimanapun, beliau pada ketika itu bersetuju untuk meneruskan tugas buat sementara waktu atas permintaan Anwar, dengan ketetapan peletakan jawatan tersebut hanya berkuat kuasa sebaik sahaja Najib mula menjalani hukuman berkenaan di rumah.
Pada 10 November lalu, Anthony mengumumkan peletakan jawatannya berkuat kuasa serta-merta berikutan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang membenarkan Najib menjalani baki hukuman penjara dalam kes SRC International di bawah tahanan rumah.
Sementara itu, Anwar pada 12 November lalu mengesahkan telah menerima surat peletakan jawatan berkenaan, namun memaklumkan masih belum membuat keputusan kerana mahu mengadakan perbincangan lanjut bersama Anthony selain menyifatkan beliau sebagai seorang menteri yang amanah dan komited dalam melaksanakan tanggungjawabnya di Kementerian Pengangkutan. — Media Telus
Boleh follow media sosial Media Telus di Facebook, Instagram, TikTok, Threads dan Youtube
Berita berkaitan
November 22, 2026, 7:09 pm
Ahmad Zahid minta Ketua Pemuda MCA dan UMNO henti perbalahan isu pilihan raya PBT
November 22, 2026, 7:04 pm
Niat bantu kenderaan rosak bertukar tragedi, warga Pakistan maut dirempuh lori di Kulai
November 22, 2026, 6:45 pm
Pekerja pendawaian maut terkena renjatan eletrik ketika potong paip mengandungi wayar
November 22, 2026, 5:06 pm
Menteri Besar Negeri Sembilan dikejarkan ke hospital
November 22, 2026, 1:11 pm
Peniaga mengaku tidak bersalah tuduhan berperawakan seperti wanita di Ketereh
November 22, 2026, 1:01 pm
Penglibatan anggota dalam pengedaran dadah boleh jejas kesiagaan pertahanan negara – Mohamed Khaled
November 22, 2026, 12:56 pm
Aksi 'wheelie' remaja 16 tahun bawa padah, motosikal milik kakak disita JPJ di Klang
November 22, 2026, 12:49 pm
