Berita Berita
Niat bantu kenderaan rosak bertukar tragedi, warga Pakistan maut dirempuh lori di Kulai
KULAI, 22 Nov. – Niat seorang lelaki warga Pakistan untuk membantu pengguna jalan raya lain yang mengalami kerosakan kenderaan bertukar tragedi apabila dia maut dirempuh sebuah lori dalam kemalangan membabitkan empat kenderaan di Kilometer 33.6 Lebuhraya Utara-Selatan (arah selatan) di sini, awal pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Kulai, Asisten Komisioner Tan Seng Lee berkata, pihaknya melalui Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Daerah Kulai menerima maklumat berhubung insiden tersebut kira-kira jam 5 pagi.
Menurut beliau, siasatan awal mendapati sebuah kereta jenis Perodua Myvi yang dalam perjalanan menghala ke selatan mengalami kerosakan lalu berhenti di lorong kiri jalan, sebelum sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Naza Citra yang dipandu mangsa berhenti di hadapannya untuk menghulurkan bantuan.
Ketika kejadian, pemandu dan penumpang Naza Citra serta pemandu Perodua Myvi berkenaan berada di luar kenderaan masing-masing sebelum sebuah lori yang datang dari arah sama tiba-tiba gagal mengelak lalu merempuh bahagian belakang Perodua Myvi serta melanggar mangsa di lokasi kejadian.
Sebuah lagi MPV jenis Toyota Alphard yang melalui lorong kanan jalan turut terbabit dalam kemalangan itu apabila melanggar bahagian cermin sisi lori berkenaan.
Akibat rempuhan tersebut, lelaki warga Pakistan berusia 41 tahun itu mengalami kecederaan parah dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian, manakala pemandu Perodua Myvi serta penumpang Naza Citra yang juga warga Pakistan mengalami kecederaan.
Kesemua kenderaan yang terlibat dalam nahas itu telah ditahan bagi tujuan pemeriksaan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. — Media Telus
Boleh follow media sosial Media Telus di Facebook, Instagram, TikTok, Threads dan Youtube
Berita berkaitan
November 22, 2026, 7:09 pm
Ahmad Zahid minta Ketua Pemuda MCA dan UMNO henti perbalahan isu pilihan raya PBT
November 22, 2026, 6:45 pm
Pekerja pendawaian maut terkena renjatan eletrik ketika potong paip mengandungi wayar
November 22, 2026, 5:06 pm
Menteri Besar Negeri Sembilan dikejarkan ke hospital
November 22, 2026, 1:11 pm
Peniaga mengaku tidak bersalah tuduhan berperawakan seperti wanita di Ketereh
November 22, 2026, 1:06 pm
Anthony Loke sahkan sudah letak jawatan Menteri Pengangkutan, status penerimaan perlu dirujuk kepada PM
November 22, 2026, 1:01 pm
Penglibatan anggota dalam pengedaran dadah boleh jejas kesiagaan pertahanan negara – Mohamed Khaled
November 22, 2026, 12:56 pm
Aksi 'wheelie' remaja 16 tahun bawa padah, motosikal milik kakak disita JPJ di Klang
November 22, 2026, 12:49 pm
