Berita Berita
Penglibatan anggota dalam pengedaran dadah boleh jejas kesiagaan pertahanan negara – Mohamed Khaled
KOTA TINGGI, 22 Nov. – Pembabitan sesetengah pegawai dan anggota Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dalam aktiviti pengedaran dadah boleh memberi kesan kepada tahap kesiagaan pertahanan serta kedaulatan negara sekiranya dibiarkan berleluasa, kata Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.
Beliau berkata, isu berkenaan bukan sahaja menjejaskan reputasi Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan TUDM, namun tindakan pantas penguatkuasaan disiplin dalam pasukan membuktikan institusi pertahanan masih berfungsi dengan baik serta komited membanteras perbuatan tersebut daripada berulang.
Menurutnya pada sidang media Program Hari Apresiasi Kanak-kanak TABIKA/TASKA KEMAS Parlimen Kota Tinggi 2026 hari ini, Kementerian Pertahanan (MINDEF) memandang serius perkara itu dan mengamalkan sikap terbuka, berterus terang serta telus berteraskan akauntabiliti tinggi tanpa melindungi mana-mana pihak.
Mengulas tangkapan tujuh individu terdiri daripada lima pegawai dan dua anggota TUDM susulan penemuan barang mencurigakan di pangkalan udara berkenaan, Mohamed Khaled menegaskan kementeriannya tidak akan berkompromi atau memaafkan sesiapa pun tanpa mengira pangkat dan akan memberikan kerjasama penuh kepada siasatan polis.
Dalam pada itu, beliau meminta orang ramai agar tidak menghukum keseluruhan institusi ATM mahupun TUDM kerana daripada kira-kira 120,000 anggota yang berkhidmat, hanya sebilangan kecil yang mengkhianati amanah manakala majoriti kekal berintegriti.
Jelasnya, tindakan institusi itu sendiri membuat laporan polis untuk siasatan membuktikan pihak pasukan terus melaksanakan amanah mereka dalam mencegah kegiatan jenayah berkenaan, sekali gus menasihatkan semua pihak agar tidak membuat sebarang spekulasi.
Kelmarin, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendedahkan bahawa terdapat pegawai TUDM termasuk juruterbang terlibat dalam kes penyeludupan dadah berskala besar dan memberi amaran tindakan tegas mesti diambil tanpa mengira pangkat.
Khamis lalu, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Datuk Hussein Omar Khan mengesahkan lima pegawai TUDM adalah antara 11 suspek termasuk enam orang awam yang ditahan di sekitar Lembah Klang dan Labuan kerana disyaki mengedar 96.64 kilogram dadah jenis syabu bernilai kira-kira RM4.83 juta menggunakan aset TUDM. — Media Telus
Boleh follow media sosial Media Telus di Facebook, Instagram, TikTok, Threads dan Youtube
Berita berkaitan
November 22, 2026, 7:09 pm
Ahmad Zahid minta Ketua Pemuda MCA dan UMNO henti perbalahan isu pilihan raya PBT
November 22, 2026, 7:04 pm
Niat bantu kenderaan rosak bertukar tragedi, warga Pakistan maut dirempuh lori di Kulai
November 22, 2026, 6:45 pm
Pekerja pendawaian maut terkena renjatan eletrik ketika potong paip mengandungi wayar
November 22, 2026, 5:06 pm
Menteri Besar Negeri Sembilan dikejarkan ke hospital
November 22, 2026, 1:11 pm
Peniaga mengaku tidak bersalah tuduhan berperawakan seperti wanita di Ketereh
November 22, 2026, 1:06 pm
Anthony Loke sahkan sudah letak jawatan Menteri Pengangkutan, status penerimaan perlu dirujuk kepada PM
November 22, 2026, 12:56 pm
Aksi 'wheelie' remaja 16 tahun bawa padah, motosikal milik kakak disita JPJ di Klang
November 22, 2026, 12:49 pm
