TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Fadhlina minta sekolah fokus pada persiapan calon SPM, usah sibuk sambut menteri

By
|
Kongsi
image

 

KAJANG 23 Nov - Menteri Pendidikan, Datuk Seri Fadhlina Sidek mengadakan lawatan tanpa makluman awal ke Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Taman Jasmin 2 pagi ini bagi meninjau persiapan pada hari pertama peperiksaan bertulis Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2026.

Fadhlina berkata, beliau sengaja tidak memaklumkan lawatan itu lebih awal kerana mahu melihat sendiri keadaan di sekolah dan memastikan segala persiapan peperiksaan berjalan lancar.

“Saya tidak mahu sekolah sibuk membuat persiapan menyambut Menteri. Saya mahu sekolah bersedia untuk anak-anak yang menduduki SPM,” katanya dalam satu kenyataan.

Dalam lawatan itu, beliau turut berpeluang bertemu calon SPM sebelum mereka memasuki dewan peperiksaan.

“Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar. Terima kasih kepada guru-guru dan petugas peperiksaan yang telah membuat persiapan dengan baik,” katanya.

Fadhlina turut berpesan supaya calon tidak terlalu memberi tekanan kepada diri sendiri dan yakin dengan persediaan yang telah dibuat.

“Buat anak-anak, saya tahu bermacam-macam perasaan bermain di fikiran pagi ini. Saya cuma nak pesan, jangan terlalu memberikan tekanan kepada diri sendiri. Percayalah pada segala usaha yang telah kalian lakukan selama ini.

“Selamat maju jaya, anak-anak! Hari ini giliran kalian berusaha, kami di luar ini tidak putus-putus mendoakan,” katanya.

+ - reset