Berita Berita
Bekas anggota polis dakwa jadi mangsa kekerasan tidak jadi saman Shuhaily
KUALA LUMPUR 23 Nov – Seorang bekas anggota polis berharap laporan yang dibuatnya pada 2015 berhubung dakwaan kekerasan di Hilir Perak diteliti semula selepas tempoh untuk memfailkan saman sivil terhadap Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS), Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain, tamat.
Peguamnya, Kamal Hisham Ja’afar, berkata saman itu tidak dapat difailkan kerana dakwaan insiden berkenaan sudah melepasi tempoh enam tahun di bawah Seksyen 6 Akta Had Masa 1953.
Katanya, anak guamnya berharap pihak polis meneliti dan menyiasat laporan itu, manakala Peguam Negara (AG) mempertimbangkannya secara adil.
“Laporan berkenaan merupakan satu-satunya ruang dan peluang yang masih ada untuk anak guamnya mendapatkan keadilan.
“Pengadu menyerahkan sepenuhnya kepada kuasa budi bicara dan kebijaksanaan AG untuk membuat tindakan seadil-adilnya,” katanya bersama seorang lagi peguam, Muhammad Nor Tamrin.
Pada 28 Oktober lalu, media melaporkan bekas anggota polis itu mendakwa menjadi mangsa kekerasan Mohd Shuhaily pada 19 November 2015, ketika beliau bertugas sebagai Ketua Polis Daerah Hilir Perak.
Kamal Hisham mendakwa tiada tindakan diambil susulan laporan berkenaan dan memohon Peguam Negara menelitinya semula.
Sementara itu, peguam Mohd Shuhaily, Muhammad Rafique Rashid Ali, mempersoalkan mengapa dakwaan itu dibangkitkan selepas sedekad serta sama ada tindakan tersebut bertujuan membentuk persepsi negatif terhadap anak guamnya.
Dalam kes berasingan, Mohd Shuhaily didakwa di Mahkamah Majistret Sepang pada 21 Oktober lalu berhubung dakwaan melakukan kekerasan terhadap dua anggota polis di kaunter J, Terminal 1 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
Kejadian itu didakwa berlaku antara jam 1.17 hingga 1.35 tengah hari pada 28 September lalu.
Kamal Hisham berkata, saman sivil yang difailkan oleh dua anggota polis terbabit diserahkan kepada peguam Mohd Shuhaily pada 11 November lalu.
Mahkamah menetapkan 4 Disember depan untuk pengurusan kes dengan kehadiran pihak terbabit.
Berita berkaitan
November 23, 2026, 4:06 pm
PAC dedah aduan isu kewangan UKMShape diabaikan selama 8 bulan, yuran pelajar dikutip tanpa kebenaran
November 23, 2026, 3:38 pm
Imigresen siasat sekumpulan warga asing selamba ceroboh bukit di Kajang jadikan kawasan riadah
November 23, 2026, 2:38 pm
Angkara curi kabel, 720 lampu jalan rosak di Putrajaya, Cyberjaya - Ahmad Maslan
November 23, 2026, 2:23 pm
Menteri Sabah berjahit kepala selepas tergelincir di tandas KLIA
November 23, 2026, 12:32 pm
DAP jangan selesa sangat, perlu strategi lebih berani hadapi PRU pertahan Selangor – Loke
November 23, 2026, 11:13 am
Budak setahun hilang ketika bermain depan rumah ditemukan selamat dalam ladang getah di Kuala Krai
November 23, 2026, 10:41 am
Tiga remaja ditahan langgar anggota JPJ hingga cedera ketika 'road block'
November 23, 2026, 10:17 am
