Berita Berita
Imigresen siasat sekumpulan warga asing selamba ceroboh bukit di Kajang jadikan kawasan riadah
KUALA LUMPUR 23 Nov – Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) akan menyiasat dakwaan bahawa sekumpulan warga asing menceroboh kawasan berbukit di Kajang dan menjadikannya tempat beriadah, susulan penularan video mengenai lokasi itu di TikTok.
Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Zakaria Shaaban, berkata pihaknya akan menyiasat perkara itu sebelum mengambil sebarang tindakan lanjut. Beliau berkata isu pencerobohan tanah kerajaan terletak di bawah bidang kuasa agensi lain.
"JIM mengharapkan orang ramai menyalurkan maklumat berkaitan pendatang asing tanpa izin (PATI) melalui saluran rasmi daripada menularkannya terlebih dahulu.
"Ini kerana berkemungkinan mereka (PATI) akan melarikan diri selepas tular sebelum tindakan dapat diambil. Bagaimanapun pihak JIM akan siasat perkara ini sebelum apa-apa tindakan diambil," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Isnin.
Video yang dimuat naik menerusi akaun TikTok Harmony Community Malaysia itu mendakwa kawasan berkenaan sudah diceroboh sejak beberapa tahun lalu.
Menurut dakwaan itu, kawasan yang asalnya semak belukar dibersihkan dan dijadikan tempat bermain bola sepak, bola tampar serta sepak takraw.
Kawasan lapang itu juga dikatakan menjadi tempat berkumpul ramai warga asing, khususnya dari Myanmar.
Berita berkaitan
November 23, 2026, 4:06 pm
PAC dedah aduan isu kewangan UKMShape diabaikan selama 8 bulan, yuran pelajar dikutip tanpa kebenaran
November 23, 2026, 2:38 pm
Angkara curi kabel, 720 lampu jalan rosak di Putrajaya, Cyberjaya - Ahmad Maslan
November 23, 2026, 2:23 pm
Menteri Sabah berjahit kepala selepas tergelincir di tandas KLIA
November 23, 2026, 1:44 pm
Bekas anggota polis dakwa jadi mangsa kekerasan tidak jadi saman Shuhaily
November 23, 2026, 12:32 pm
DAP jangan selesa sangat, perlu strategi lebih berani hadapi PRU pertahan Selangor – Loke
November 23, 2026, 11:13 am
Budak setahun hilang ketika bermain depan rumah ditemukan selamat dalam ladang getah di Kuala Krai
November 23, 2026, 10:41 am
Tiga remaja ditahan langgar anggota JPJ hingga cedera ketika 'road block'
November 23, 2026, 10:17 am
