Berita Berita
'Mungkin tuan jaket salah letak mana-mana' - ADUN Kahang nafi edar jaket ‘Maju Johor’ dipakai pekerja warga asing
JOHOR BAHRU 23 Nov – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kahang, V Rugendran, menafikan pihaknya mengedarkan jaket berlogo ‘Maju Johor’ dan bertulis ‘DUN KAHANG’ yang dipakai seorang lelaki dalam rakaman tular di media sosial sejak dua hari lalu.
Rugendran berkata, jaket yang ditempah pihaknya sendiri masih belum diterima. Beliau turut memaklumkan pihak berkuasa sedang menyiasat perkara itu.
"Jaket terbabit bukan daripada pihak kami malah tempahan yang kami lakukan juga masih belum diperoleh.
"Kemungkinan pemilik jaket tersilap letak jaket dan mungkin lelaki berkenaan memperolehinya daripada seseorang tanpa menyedari kepentingannya.
"Saya difahamkan wakil bekas ADUN kawasan ini sedang mengambil tindakan sesuai berkaitan isu berkenaan selain pihak berkuasa juga menjalankan siasatan," katanya ketika dihubungi.
Rakaman berdurasi seminit lapan saat itu menunjukkan seorang pekerja warga Bangladesh disoal mengenai asal usul jaket hitam yang dipakainya ketika bekerja. Kejadian dipercayai berlaku di sebuah bengkel besi.
Dalam rakaman itu, lelaki berkenaan dilihat membuka zip jaket dan menunjukkan logo serta tulisan ‘DUN KAHANG’. Ketika disoal, dia berkata jaket itu diberikan oleh seorang rakan yang dikenali sebagai ‘Mr Lan’, yang dikatakan tinggal di Taman Intan.
Seorang lelaki yang mengulas rakaman itu di media sosial mempersoalkan sama ada pemberian jaket berkenaan ada kaitan dengan wakil rakyat setempat. Dia turut mengulas cara pekerja itu menjawab pertanyaan dalam rakaman tersebut.
"Tak salah pun nak pakai baju logo Maju Johor tu tapi cara bercakap tu jangan riak sangat. Jangan lupa awak tu mencari rezeki kat mana ya baiya," katanya menerusi hantaran itu.
Rakaman itu turut mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan pengguna media sosial, dengan sebahagian daripada mereka meminta pihak berkuasa meneliti penggunaan logo kerajaan negeri pada pakaian bagi mengelakkan kekeliruan atau penyalahgunaan.
Berita berkaitan
November 23, 2026, 9:32 pm
Asyraf Wajdi mengamuk! Dewan makan MRSM tun Ghafar Baba didakwa hidang pelajar ayam tak cukup masak
November 23, 2026, 9:21 pm
Baru hari pertama SPM, pelajar 17 tahun cedera terjatuh dari tingkat dua sekolah di Batu Pahat
November 23, 2026, 8:04 pm
Boleh rosak fungsi hati, KKM kesan racun dalam dua kosmetik, arah jualan dihentikan
November 23, 2026, 4:42 pm
Shuhaily sahkan pegawai AKPS ditahan, disyaki jadi tali barut bawa masuk warga asing tanpa dokumen sah
November 23, 2026, 4:06 pm
PAC dedah aduan isu kewangan UKMShape diabaikan selama 8 bulan, yuran pelajar dikutip tanpa kebenaran
November 23, 2026, 3:38 pm
Imigresen siasat sekumpulan warga asing selamba ceroboh bukit di Kajang jadikan kawasan riadah
November 23, 2026, 2:38 pm
Angkara curi kabel, 720 lampu jalan rosak di Putrajaya, Cyberjaya - Ahmad Maslan
November 23, 2026, 2:23 pm
Menteri Sabah berjahit kepala selepas tergelincir di tandas KLIA
November 23, 2026, 1:44 pm
