Berita Berita
Asyraf Wajdi mengamuk! Dewan makan MRSM tun Ghafar Baba didakwa hidang pelajar ayam tak cukup masak
MELAKA 23 Nov – Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA), Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki, meminta pengetua Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Tun Ghafar Baba segera menyiasat aduan hidangan ayam yang didakwa tidak dimasak dengan sempurna di dewan selera maktab itu petang tadi.
Asyraf Wajdi berkata, beliau menerima aduan daripada beberapa pelajar dan ibu bapa menerusi WhatsApp serta mesej peribadi di media sosial.
Katanya, semakan dengan pihak pengurusan mendapati kontrak penyedia makanan di maktab itu hanya berbaki sebulan. Beliau turut membangkitkan kebimbangan mengenai kualiti makanan yang diabaikan apabila kontrak hampir tamat.
“Saya amat kecewa dengan sikap kontraktor yang tidak bertanggungjawab seperti ini. Saya sudah minta Pengetua segera siasat dan ambil tindakan tegas malam ini juga.
"Kesian anak-anak pelajar yang bukan ramai berkemampuan untuk beli makanan alternatif di kafe atau koperasi. Apatah lagi buat pelajar-pelajar Tingkatan 5 yang sedang menduduki peperiksaan SPM," katanya.
Asyraf Wajdi berkata, beliau melakukan lawatan mengejut ke maktab itu beberapa minggu lalu dan sudah memberi amaran kepada penyelia dewan selera supaya memastikan makanan yang disediakan menepati piawaian MARA.
Beliau turut meminta pengurusan MARA, khususnya Bahagian Pendidikan Menengah, mengambil tindakan segera malam ini bagi menyelesaikan isu berkenaan.
“Ini soal kebajikan pelajar yang saya tidak boleh tolak ansur. Malah kontraktor makanan boleh dikenakan penalti dan akan disenarai hitamkan daripada mendapat apa-apa manfaat daripada MARA pada masa akan datang," katanya. - Media Telus
Berita berkaitan
November 23, 2026, 9:21 pm
Baru hari pertama SPM, pelajar 17 tahun cedera terjatuh dari tingkat dua sekolah di Batu Pahat
November 23, 2026, 8:04 pm
Boleh rosak fungsi hati, KKM kesan racun dalam dua kosmetik, arah jualan dihentikan
November 23, 2026, 4:42 pm
Shuhaily sahkan pegawai AKPS ditahan, disyaki jadi tali barut bawa masuk warga asing tanpa dokumen sah
November 23, 2026, 4:06 pm
PAC dedah aduan isu kewangan UKMShape diabaikan selama 8 bulan, yuran pelajar dikutip tanpa kebenaran
November 23, 2026, 3:38 pm
Imigresen siasat sekumpulan warga asing selamba ceroboh bukit di Kajang jadikan kawasan riadah
November 23, 2026, 2:38 pm
Angkara curi kabel, 720 lampu jalan rosak di Putrajaya, Cyberjaya - Ahmad Maslan
November 23, 2026, 2:23 pm
Menteri Sabah berjahit kepala selepas tergelincir di tandas KLIA
November 23, 2026, 1:44 pm
