Berita Berita
Boleh rosak fungsi hati, KKM kesan racun dalam dua kosmetik, arah jualan dihentikan
KUALA LUMPUR 23 Nov – Penjual dan pengedar diarahkan menghentikan serta-merta penjualan dan pengedaran Toporin- Hydra Sensitive Cream serta Wan Fu Shuang selepas Kementerian Kesihatan (KKM) mengesan bahan yang tidak dibenarkan dalam kedua-dua produk kosmetik itu.
Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) memaklumkan Toporin- Hydra Sensitive Cream dikesan mengandungi racun berjadual miconazole, manakala Wan Fu Shuang mengandungi bahan larangan imazalil.
NPRA menasihatkan pengguna supaya segera berhenti menggunakan kedua-dua produk itu dan mendapatkan nasihat profesional kesihatan jika mengalami ketidakselesaan atau kesan advers.
"Bahan racun berjadual miconazole tidak dibenarkan digunakan dalam kosmetik di Malaysia.
"Produk yang mengandungi bahan ini adalah diklasifikasikan sebagai ubat dan perlu didaftarkan dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) sebelum boleh dipasarkan.
"Ubat yang mengandungi miconazole hanya boleh digunakan atas nasihat dan pemantauan ahli profesional kesihatan," katanya dalam kenyataan hari ini.
Menurut NPRA, imazalil yang turut dikenali sebagai enilconazole ialah bahan aktif racun kulat yang dilarang sama sekali dalam formulasi kosmetik. Bahan itu boleh menyebabkan kerengsaan mata yang serius.
"Pendedahan berulang atau berpanjangan kepada bahan berkenaan juga berpotensi menjejaskan fungsi hati," katanya.
NPRA turut mengingatkan penjual dan pengedar bahawa penjualan serta pengedaran kosmetik tanpa notifikasi melanggar Peraturan 18A(1)(a) Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984.
Kesalahan itu boleh dihukum mengikut Peraturan 18A(15) peraturan sama dan Seksyen 12 Akta Jualan Dadah 1952.
"Individu yang melakukan kesalahan di bawah Peraturan-Peraturan ini boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM25,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya untuk kesalahan pertama dan denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya untuk kesalahan berikutnya.
"Syarikat yang melakukan kesalahan boleh dikenakan denda sehingga RM50,000 untuk kesalahan pertama dan denda sehingga RM100,000 untuk kesalahan berikutnya," katanya.
Berita berkaitan
November 23, 2026, 9:32 pm
Asyraf Wajdi mengamuk! Dewan makan MRSM tun Ghafar Baba didakwa hidang pelajar ayam tak cukup masak
November 23, 2026, 9:21 pm
Baru hari pertama SPM, pelajar 17 tahun cedera terjatuh dari tingkat dua sekolah di Batu Pahat
November 23, 2026, 4:42 pm
Shuhaily sahkan pegawai AKPS ditahan, disyaki jadi tali barut bawa masuk warga asing tanpa dokumen sah
November 23, 2026, 4:06 pm
PAC dedah aduan isu kewangan UKMShape diabaikan selama 8 bulan, yuran pelajar dikutip tanpa kebenaran
November 23, 2026, 3:38 pm
Imigresen siasat sekumpulan warga asing selamba ceroboh bukit di Kajang jadikan kawasan riadah
November 23, 2026, 2:38 pm
Angkara curi kabel, 720 lampu jalan rosak di Putrajaya, Cyberjaya - Ahmad Maslan
November 23, 2026, 2:23 pm
Menteri Sabah berjahit kepala selepas tergelincir di tandas KLIA
November 23, 2026, 1:44 pm
