Berita Berita
Mayat lelaki disyaki mangsa bunuh ditemukan terbenam dalam lumpur di Nibong Tebal
NIBONG TEBAL, 24 Nov. – Mayat seorang lelaki yang disyaki mangsa bunuh ditemukan dalam keadaan separuh badannya terbenam di dalam lumpur di tebing tali air di Kampung Baru, Ladang Byram, di sini semalam.
Mangsa yang dipercayai warga tempatan itu dijumpai oleh orang awam sebelum kejadian tersebut dimaklumkan kepada pihak polis kira-kira jam 11 malam tadi.
Hasil pemeriksaan awal pihak polis dan pasukan forensik di lokasi kejadian mendapati terdapat kesan kecederaan pada bahagian kepala mangsa, selain kesan darah di kawasan berhampiran tali air yang lazimnya digunakan penduduk kampung untuk ke sungai serta sangkar ikan berdekatan.
Pasukan penyiasat mengambil masa beberapa jam untuk melakukan pemeriksaan menyeluruh di kawasan sekitar sebelum menamatkan siasatan di lokasi kejadian kira-kira jam 6 pagi tadi.
Sementara itu, Penyelia Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Nibong Tebal, Mohd Faizal Khan Mohd Hassan berkata, pasukannya telah dipanggil bagi membantu pihak polis mengeluarkan mayat berkenaan dari kawasan berlumpur tersebut.
Menurutnya kepada pemberita di lokasi kejadian, mayat yang masih dalam keadaan sempurna itu berjaya diangkat keluar oleh anggota bomba sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut sekitar jam 2.45 pagi.
Setakat ini, pihak media masih menunggu pengesahan rasmi serta maklumat lanjut daripada pihak polis berhubung kejadian terbabit. — Media Telus
Boleh follow media sosial Media Telus di Facebook, Instagram, TikTok, Threads dan Youtube
Berita berkaitan
November 24, 2026, 9:58 am
KKR teliti cadangan lebuh raya bertol baharu atasi kesesakan Lebuhraya Persekutuan – Alexander Nanta
November 24, 2026, 9:51 am
Cubaan bawa lari sembilan PATI Myanmar gagal selepas SUV terbabas di Tanah Merah
November 24, 2026, 9:46 am
Wanita maut dirempuh pemandu Tesla disyaki mabuk, langgar lampu merah di Kulim
November 23, 2026, 10:10 pm
Ibu, dua anak maut MPV terbabas dalam perjalanan pulang hantar anak ke universiti
November 23, 2026, 9:32 pm
Asyraf Wajdi mengamuk! Dewan makan MRSM tun Ghafar Baba didakwa hidang pelajar ayam tak cukup masak
November 23, 2026, 9:21 pm
Baru hari pertama SPM, pelajar 17 tahun cedera terjatuh dari tingkat dua sekolah di Batu Pahat
November 23, 2026, 8:04 pm
Boleh rosak fungsi hati, KKM kesan racun dalam dua kosmetik, arah jualan dihentikan
November 23, 2026, 4:42 pm
