TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Jenayah

Polis buru lelaki, wanita curi tiga unit tangga aluminium di hadapan rumah di Klang

By
|
Kongsi
image

KLANG, 24 Nov. – Pihak polis sedang mengesan dua individu membabitkan seorang lelaki dan seorang wanita yang disyaki mencuri tiga unit tangga aluminium yang diletakkan di hadapan sebuah kediaman di sini selepas perbuatan mereka dirakam kamera litar tertutup (CCTV) dan tular di media sosial.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner Ramsay Embol berkata, kejadian tersebut berlaku pada 18 November lalu kira-kira jam 7.10 pagi sebelum disedari oleh pemilik rumah berkenaan yang kemudiannya tampil membuat laporan polis.

Menurutnya dalam satu kenyataan hari ini, hasil semakan rakaman CCTV di lokasi kejadian mendapati kedua-dua suspek telah bertindak mengambil tiga unit tangga milik mangsa yang diletakkan di hadapan rumah.

Kes berkenaan kini sedang disiasat mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan atas kesalahan mencuri.

Sehubungan itu, Ramsay meminta orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kejadian supaya tampil membantu siasatan dengan menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Utara di talian 03-3291 9614 atau berhubung terus dengan Pegawai Penyiasat, Sarjan Mohd Shahril Hashim di talian 017-2407987. — Media Telus

Boleh follow media sosial Media Telus di Facebook, Instagram, TikTok, Threads dan Youtube

+ - reset