Berita Jenayah
Suspek miliki 39 rekod lampau ditahan curi kereta di Pantai Dalam
KUALA LUMPUR, 25 Nov. – Polis menahan seorang lelaki tempatan yang memiliki 39 rekod jenayah lampau susulan penularan video kejadian curi kenderaan di kawasan perumahan PPR Sri Cempaka, Pantai Dalam di sini.
Timbalan Ketua Polis Daerah Brickfields, Superintenden Ahmad Firdaus Mustaffa Kamal berkata, polis mengesan satu pautan video berdurasi dua minit 17 saat di laman sosial Threads hari ini yang memaparkan seorang individu mencuri sebuah kenderaan di kawasan perumahan berkenaan.
Menurutnya dalam satu kenyataan, polis telah menerima laporan daripada seorang wanita tempatan berusia 40 tahun pada 23 November lalu kira-kira jam 4.44 petang berhubung kehilangan kereta miliknya jenis Proton Iswara yang diletakkan di kawasan parkir PPR tersebut.
Bertindak atas maklumat, sepasukan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Brickfields memberkas suspek berusia 51 tahun itu pada jam 9 pagi semalam bagi membantu siasatan.
Dalam serbuan berkenaan, polis merampas semula kereta Proton Iswara yang dilaporkan hilang bersama sebuah van jenis Toyota Liteace yang turut dilaporkan hilang melibatkan suspek sama.
Semakan rekod mendapati suspek mempunyai 39 rekod lampau membabitkan kesalahan jenayah serta narkotik, dan kes kini disiasat mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan.
Sehubungan itu, Ahmad Firdaus menasihatkan orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi berhubung video tular terbabit serta menyalurkan maklumat jenayah menerusi Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-2146 0522 / 03-2146 0585, Hotline Polis Brickfields (03-2297 9222) atau balai polis berhampiran. — Media Telus
Boleh follow media sosial Media Telus di Facebook, Instagram, TikTok, Threads dan Youtube
Berita berkaitan
November 25, 2026, 12:51 pm
Juruterbang TUDM berperanan sebagai koordinator dan ‘transporter’ sindiket dadah RM4.83 juta – JSJN
November 25, 2026, 11:19 am
Polis mungkin panggil Tony Pua bantu siasatan kebocoran minit mesyuarat Lembaga Pengampunan
November 25, 2026, 11:15 am
Polis siasat penemuan bungkusan plastik hitam berisi al-Quran dan buku agama di Ulu Tiram
November 24, 2026, 9:40 am
Polis buru lelaki, wanita curi tiga unit tangga aluminium di hadapan rumah di Klang
November 22, 2026, 7:14 pm
Baru enam bulan bebas penjara, lelaki dicekup jadi 'transporter' lapan PATI Myanmar di Tumpat
November 21, 2026, 12:56 pm
Lelaki ditahan berkhalwat dengan bekas isteri, beri alasan nak jenguk anak
November 20, 2026, 5:07 pm
12 'mak nyah' ditahan sertai pertandingan Ratu Pondan di Pulau Bum-Bum
November 18, 2026, 10:57 am
JPJ Perlis kesan dua kes perkhidmatan ‘Lady's Driver’ haram di media sosial
November 16, 2026, 3:20 pm
