Berita Jenayah
Juruterbang TUDM berperanan sebagai koordinator dan ‘transporter’ sindiket dadah RM4.83 juta – JSJN
TUMPAT, 25 Nov. – Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan seorang juruterbang Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang merupakan antara 13 individu ditahan berhubung penemuan 96.6 kilogram dadah jenis syabu bernilai RM4.83 juta di Pangkalan Udara Subang baru-baru ini berperanan sebagai koordinator dan pembawa (transporter).
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Datuk Hussein Omar Khan berkata, siasatan lanjut masih dijalankan bagi mengenal pasti perincian lain termasuk jumlah bayaran upah yang diterima ahli sindiket berkenaan.
Menurutnya, siasatan awal mendapati sindiket terbabit membawa bekalan dadah dari Subang ke Labuan serta Tawau, namun polis tidak menolak kemungkinan bahan terlarang itu turut dihantar ke destinasi lain.
Beliau menjelaskan setiap daripada 13 suspek yang diberkas mempunyai peranan masing-masing dalam rangkaian sindiket tersebut, dengan juruterbang berkenaan bertindak mengatur pergerakan serta membawa bekalan dadah dari Lembah Klang ke Sabah.
Terdahulu, polis membongkar kegiatan penyeludupan dadah yang menyalahgunakan kemudahan pengangkutan ketenteraan selepas bahan terlarang yang disembunyikan di dalam lima bagasi dan sebuah kotak dikesan menerusi pemeriksaan rutin di Bangunan Pergerakan Udara, Pangkalan Udara Subang sebelum dimuatkan ke dalam pesawat TUDM. — Media Telus
Boleh follow media sosial Media Telus di Facebook, Instagram, TikTok, Threads dan Youtube
Berita berkaitan
November 25, 2026, 12:47 pm
Suspek miliki 39 rekod lampau ditahan curi kereta di Pantai Dalam
November 25, 2026, 11:19 am
Polis mungkin panggil Tony Pua bantu siasatan kebocoran minit mesyuarat Lembaga Pengampunan
November 25, 2026, 11:15 am
Polis siasat penemuan bungkusan plastik hitam berisi al-Quran dan buku agama di Ulu Tiram
November 24, 2026, 9:40 am
Polis buru lelaki, wanita curi tiga unit tangga aluminium di hadapan rumah di Klang
November 22, 2026, 7:14 pm
Baru enam bulan bebas penjara, lelaki dicekup jadi 'transporter' lapan PATI Myanmar di Tumpat
November 21, 2026, 12:56 pm
Lelaki ditahan berkhalwat dengan bekas isteri, beri alasan nak jenguk anak
November 20, 2026, 5:07 pm
12 'mak nyah' ditahan sertai pertandingan Ratu Pondan di Pulau Bum-Bum
November 18, 2026, 10:57 am
JPJ Perlis kesan dua kes perkhidmatan ‘Lady's Driver’ haram di media sosial
November 16, 2026, 3:20 pm
