Berita Berita
Polis mungkin panggil Tony Pua bantu siasatan kebocoran minit mesyuarat Lembaga Pengampunan
KUALA LUMPUR, 25 Nov. – Polis tidak menolak kemungkinan memanggil pemimpin DAP, Tony Pua bagi membantu siasatan berhubung pendedahan minit mesyuarat Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan melibatkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohd Khalid Ismail berkata, perkara tersebut akan dirujuk kepada pegawai penyiasat untuk tindakan lanjut walaupun polis masih belum menerima sebarang laporan rasmi berhubung isu berkenaan setakat ini.
Menurutnya kepada pemberita selepas majlis pemakaian pangkat pegawai kanan polis semalam, isu itu hanya tersebar di media sosial serta platform lain, namun polis bersedia menjalankan siasatan.
Terdahulu, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail mengarahkan polis menggerakkan segala sumber yang ada bagi menyiasat dakwaan pendedahan minit mesyuarat tersebut susulan gesaan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Pada sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat semalam, Anwar menafikan dakwaan bahawa kerajaan mendedahkan minit mesyuarat sulit berkenaan kepada umum, selain menolak dakwaan dokumen berkaitan pengampunan bersyarat Najib itu dibocorkan oleh Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang Jabatan Perdana Menteri atau Jabatan Peguam Negara (AGC).
Sebaliknya, Anwar menjelaskan bahawa bahagian tertentu dokumen tersebut telah dinyahklasifikasikan oleh AGC bagi memudahkan penyediaan jawapan dalam prosiding undang-undang yang difailkan di mahkamah berhubung perkara itu. — Media Telus
Boleh follow media sosial Media Telus di Facebook, Instagram, TikTok, Threads dan Youtube
Berita berkaitan
November 25, 2026, 11:31 am
Hentian bas dirobohkan selepas dicat, NGO patut rujuk PBT sebelum mula kerja 'amal' - Timbalan Menteri Besar
November 25, 2026, 11:27 am
Kedudukan istimewa orang Melayu dijamin Perlembagaan, soalan dakwa terancam terlalu umum – Azalina
November 25, 2026, 11:15 am
Polis siasat penemuan bungkusan plastik hitam berisi al-Quran dan buku agama di Ulu Tiram
November 25, 2026, 11:07 am
JAIPk siasat dakwaan pengurusan masjid enggan terima jenazah bukan ahli khairat kematian – Saarani
November 25, 2026, 10:49 am
Kereta lebih kurang, polis sahkan lelaki 'viral' di stesen minyak bukan nak samun, tapi tersalah kereta
November 25, 2026, 10:33 am
Rakyat Malaysia jadi 'enabler' bantu warga asing langgar undang-undang bakal berdepan tindakan tegas – Zahid
November 25, 2026, 10:19 am
A Samad Said sering kirim surat, karya sastera kepada Anwar ketika di penjara
November 25, 2026, 9:55 am
PKR sah tidak bertanding dalam PRN Sarawak
November 25, 2026, 9:36 am
