Berita Berita
Polis siasat penemuan bungkusan plastik hitam berisi al-Quran dan buku agama di Ulu Tiram
JOHOR BAHRU, 25 Nov. – Polis sedang menjalankan siasatan berhubung penemuan sejumlah bungkusan plastik hitam yang mengandungi kitab al-Quran serta pelbagai buku berkaitan agama Islam termasuk Surah Yasin di sekitar kawasan Ulu Tiram di sini semalam.
Timbalan Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintenden Victor Genason berkata, pihaknya menerima laporan daripada orang awam mengenai penemuan bungkusan berkenaan kira-kira jam 7 pagi sebelum pemeriksaan awal di lokasi mengesahkan kandungan bahan bacaan agama tersebut.
Menurutnya dalam satu kenyataan hari ini, satu kertas siasatan telah dibuka bagi mengenal pasti individu yang terlibat serta motif di sebalik kejadian terbabit.
Kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 295 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.
Sehubungan itu, Victor menasihatkan orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi atau menyebarkan maklumat tidak sahih yang boleh menjejaskan siasatan polis.
Beliau turut meminta orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kejadian supaya tampil membantu siasatan dengan menghubungi balai polis berhampiran atau Pusat Kawalan Daerah Seri Alam di talian 07-3864222. — Media Telus
Boleh follow media sosial Media Telus di Facebook, Instagram, TikTok, Threads dan Youtube
Berita berkaitan
November 25, 2026, 11:19 am
Polis mungkin panggil Tony Pua bantu siasatan kebocoran minit mesyuarat Lembaga Pengampunan
November 25, 2026, 11:07 am
JAIPk siasat dakwaan pengurusan masjid enggan terima jenazah bukan ahli khairat kematian – Saarani
November 25, 2026, 10:49 am
Kereta lebih kurang, polis sahkan lelaki 'viral' di stesen minyak bukan nak samun, tapi tersalah kereta
November 25, 2026, 10:33 am
Rakyat Malaysia jadi 'enabler' bantu warga asing langgar undang-undang bakal berdepan tindakan tegas – Zahid
November 25, 2026, 10:19 am
A Samad Said sering kirim surat, karya sastera kepada Anwar ketika di penjara
November 25, 2026, 9:55 am
PKR sah tidak bertanding dalam PRN Sarawak
November 25, 2026, 9:36 am
MCMC saman Google RM300 juta gagal padam video fitnah Papagomo di Youtube
November 24, 2026, 10:41 pm
‘Saya sendiri galakkan, jangan pertikai pelajar MRSM mengadu terus kepada saya' – Asyraf Wajdi
November 24, 2026, 10:31 pm
