Berita Jenayah
850 individu ditahan, 620 didakwa benarkan PATI tinggal di premis sejak tahun lalu – Saifuddin
KUALA LUMPUR, 26 Nov. – Seramai 850 individu ditahan manakala 620 pendakwaan direkodkan mengikut Seksyen 55E Akta Imigresen 1959/63 (Akta 155) atas kesalahan membenarkan pendatang asing tanpa izin (PATI) memasuki atau tinggal di sesuatu premis sejak tahun lalu hingga 17 September lepas.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, berdasarkan rekod Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), sebanyak 691 aduan berkaitan premis kediaman diterima sepanjang tahun 2025 yang membawa kepada penahanan seramai 8,453 PATI, manakala 96 individu ditahan dan 391 pendakwaan dilakukan di bawah peruntukan sama.
Menurutnya dalam jawapan bertulis yang disiarkan di laman web Parlimen, bagi tempoh awal tahun ini hingga 17 September lalu pula, sebanyak 109 aduan diterima dengan 6,581 PATI diberkas di premis kediaman, selain menyaksikan 131 individu ditahan serta 229 pendakwaan difailkan mengikut Seksyen 55E.
Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan Dr Siti Mastura Muhammad (PN-Kepala Batas) mengenai perincian jumlah aduan, pendakwaan dan tindakan terhadap pemilik atau penyewa rumah yang menyewakan premis kepada golongan Rohingya serta PATI lain.
Seksyen 55E Akta 155 melarang mana-mana individu yang mempunyai kepentingan, pengurusan atau kawalan terhadap sesuatu premis daripada membenarkan PATI memasuki atau menghuni premis berkenaan, yang membawa hukuman denda antara RM5,000 hingga RM30,000 atau penjara maksimum 12 bulan atau kedua-duanya sekali bagi setiap PATI ditemukan, manakala sabitan kali kedua memperuntukkan denda RM10,000 hingga RM60,000 atau penjara sehingga dua tahun.
Saifuddin menegaskan kerajaan memandang serius pelanggaran tersebut dan JIM akan terus mempergiatkan risikan, pemeriksaan premis serta operasi penguatkuasaan secara bersasar terhadap mana-mana individu yang didapati melanggar undang-undang berkenaan. — Media Telus
Boleh follow media sosial Media Telus di Facebook, Instagram, TikTok, Threads dan Youtube
Berita berkaitan
November 25, 2026, 12:51 pm
Juruterbang TUDM berperanan sebagai koordinator dan ‘transporter’ sindiket dadah RM4.83 juta – JSJN
November 25, 2026, 12:47 pm
Suspek miliki 39 rekod lampau ditahan curi kereta di Pantai Dalam
November 25, 2026, 11:19 am
Polis mungkin panggil Tony Pua bantu siasatan kebocoran minit mesyuarat Lembaga Pengampunan
November 25, 2026, 11:15 am
Polis siasat penemuan bungkusan plastik hitam berisi al-Quran dan buku agama di Ulu Tiram
November 24, 2026, 9:40 am
Polis buru lelaki, wanita curi tiga unit tangga aluminium di hadapan rumah di Klang
November 22, 2026, 7:14 pm
Baru enam bulan bebas penjara, lelaki dicekup jadi 'transporter' lapan PATI Myanmar di Tumpat
November 21, 2026, 12:56 pm
Lelaki ditahan berkhalwat dengan bekas isteri, beri alasan nak jenguk anak
November 20, 2026, 5:07 pm
12 'mak nyah' ditahan sertai pertandingan Ratu Pondan di Pulau Bum-Bum
November 18, 2026, 10:57 am
