Berita Berita
Juruwang pasar mini dikasari sekeluarga gara-gara teguran supaya senyum
MELAKA, 26 Nov. – Polis membuka kertas siasatan berhubung kejadian seorang juruwang yang didakwa dikasari oleh seorang lelaki bersama beberapa ahli keluarganya di sebuah pasar mini di Taman Bertam Perdana di sini pada Ahad lalu.
Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Halim Abas berkata, insiden pada 22 November sekitar jam 9.30 malam itu berlaku ketika mangsa sedang bertugas di kaunter bayaran, dipercayai berpunca selepas seorang pelanggan wanita menegur rakan sekerja mangsa supaya senyum kerana tidak berpuas hati melihat riak wajahnya.
Menurutnya, wanita tersebut kemudian keluar dari premis berkenaan sebelum suaminya datang semula bersama empat orang anak mereka dan bertindak membaling sekotak rokok ke arah mangsa serta menolaknya dengan kuat sehingga terkena peti sejuk.
Seorang wanita yang dipercayai anak perempuan lelaki berkenaan turut menengking dan menendang kaki mangsa beberapa kali sebelum keadaan ditenteramkan oleh isteri lelaki terbabit dan mereka sekeluarga beredar menaiki sebuah kenderaan berwarna biru gelap.
Halim memaklumkan mangsa telah mendapatkan rawatan di hospital serta membuat laporan polis kerana bimbang akan keselamatan dirinya.
Kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 506 dan Seksyen 323 Kanun Keseksaan, manakala polis sedang giat mengesan kesemua individu yang terbabit bagi membantu siasatan. — Media Telus
Boleh follow media sosial Media Telus di Facebook, Instagram, TikTok, Threads dan Youtube
Berita berkaitan
November 26, 2026, 10:32 pm
Bekas Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail meninggal dunia
November 26, 2026, 8:38 pm
HRD Awards 2026 angkat usaha melatih pekerja, empat penerima raih anugerah Platinum
November 26, 2026, 7:49 pm
Tiga pegawai TUDM seludup dadah guna aset tentera dihadapkan ke mahkmah esok
November 26, 2026, 7:24 pm
Dua beradik maut, abang cedera dalam nahas motosikal ketika pulang dari sekolah
November 26, 2026, 5:44 pm
Inspektor Sheila heret Ayob Khan, kerajaan ke mahkamah, mohon dikembalikan ke jawatan
November 26, 2026, 5:02 pm
Bekas jurulatih taekwondo didakwa lakukan amang seksual fizikal budak perempuan 10 tahun
November 26, 2026, 4:35 pm
Hutang baharu turun kepada RM70 bilion setahun, kerajaan masih bayar hutang lama – Anwar
November 26, 2026, 3:11 pm
Polis buru suspek disyaki curi kabel, terbabit kemalangan maut di Iskandar Puteri
November 26, 2026, 2:44 pm
MySP AI bantu sekolah kesan perubahan ekspresi wajah, rekod kehadiran murid
November 26, 2026, 2:37 pm
