TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Doktor, guru dan penjawat awam digesa tidak terlalu memilih lokasi penempatan – Anwar

By
|
Kongsi
image

KUALA LUMPUR, 26 Nov. – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa golongan doktor, guru serta penjawat awam lain supaya tidak terlalu memilih lokasi penempatan sehingga enggan berkhidmat di kawasan luar bandar dan pedalaman.

Beliau berkata, walaupun kerajaan bersedia mempertimbangkan penyesuaian penempatan sekiranya munasabah, keperluan rakyat di kawasan terpencil untuk menerima perkhidmatan asas terutamanya dalam aspek kesihatan tetap perlu diutamakan.

Menurutnya dalam program Dialog Negara yang disiarkan secara langsung malam tadi, masalah keengganan berkhidmat di kawasan terpencil seperti di Kapit, Sarawak serta Gua Musang dan Ulu Kelantan bukan sahaja melibatkan doktor, malah turut dihadapi perkhidmatan lain termasuk jurutera dan guru.

Anwar menegaskan penempatan penjawat awam di kawasan luar bandar amat penting bagi memastikan penyampaian perkhidmatan kerajaan kepada penduduk di pedalaman Sabah, Sarawak serta Semenanjung berjalan lancar tanpa sebarang gangguan.

Program bual bicara tersebut turut menampilkan barisan panel antaranya Pengasas Komuniti Pejuang Hartanah, Datuk Ahyat Ishak; Pengarah Strategi Kumpulan KRA, Amir Fareed Rahim; Pegawai Perubatan, Dr Malar Santhi Santherasegapan; Ketua Pegawai Operasi Kumpulan Farm Fresh Berhad, Azmi Zainal serta Yang Dipertua Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Teknologi MARA (UiTM), Mohamad Adib Hazim Mohamad Razali. — Media Telus

Boleh follow media sosial Media Telus di Facebook, Instagram, TikTok, Threads dan Youtube

+ - reset